Grenti Strike: Brudu – (BM)

Kanicen Nix

Konsep BRUDU

Kami di Kanicen Nix memahami keseronokan memburu dan kegembiraan mendarat ikan kecil lebih-lebih dari saiz ikan antara 3 – 15cm. Saiz ikan bersaiz begini biasanya amat sensitif dan amat mencabar untuk mendaratnya dan ia bukan suatu perkara yang mudah.

Oleh itu, kami telah merekabentuk umpan soft plastik yang diberi nama BRUDU, yang direka khas dan dibuat untuk memikat ikan-ikan bersaiz kecil. Ini membolehkan pemancing merasa, menyahut cabaran dan menikmati keseronokan mendarat jenis ikan spesifik ini.

Saiz umpan soft plastik ini hanya berukuran 2.8 centimeter panjang (1.1 inci) dan hanya seberat sekitar 0.2g, yang sempurna dan sesuai untuk ikan kecil seperti ikan Bulan, ikan Kerapu, ikan Tanda, ikan Kerisi, ikan Selar, ikan Tilapia, ikan Raja, Sebarau, haruan Kedak dan banyak lagi.

Kaedah Rigging

BRUDU adalah umpan soft plastik yang memberikan hasil yang terbaik apabila menggunakan teknik drop shot, namun sebagai pemancing anda juga boleh memilih untuk menggunakan jig head kecil dengan berat 0.3g – 1.2g (panjang maxima 1.2cm) untuk mendapatkan aksi yang terbaik. Apapun, umpan ini adalah umpan drop shot yang sempurna untuk digunakan mencari ikan-ikan kecil.

Umpan soft plastik ini juga boleh digunakan untuk jigs, rubber jig, spinner (janggut) dan apa saja yang anda rasa sesuai sebagai pemancing untuk menghasilkan keputusan selagi aplikasi dan kreativiti menggunakan umpan soft plastik ini seimbang dan efisien.

Ciri Utama

Badan BRUDU adalah elastik dan bercahaya, menjadikannya kelihatan seperti udang kecil di dalam air. Ini membolehkan umpan ini digunakan untuk apa-apa jenis air. Badan dan ekor umpan yang bersegmen membolehkan umpan ini meningkatkan getaran di dalam air apabila digerakkan, oleh itu ia akan meningkatkan peratusan tangkapan kerana ikan akan secara semulajadi tertarik kepadanya.

kanicen-nix-grenti-strike-brudu-luminous-colors

Reka bentuk badan yang lembut adalah ciri utama untuk mendaratkan ikan kecil kerana ia membolehkan ikan untuk menggigit dan berpegang pada umpan dan ini akan meningkatkan kebarangkalian kadar strike untuk ikan tersebut.

Teknologi Canggih

Umpan soft plastik kami dibina dengan teknologi canggih yang dapat memberikan hasil yang berkualiti. Struktur lembut membolehkan ikan menggigit dan tidak mahu melepaskannya kerana tekstur umpan kami menyerupai umpan hidup sebenar.

Selain itu, umpan lembut kami adalah 100% biodegradable, sekiranya ikan menelan umpan, sistem pencernaan ikan akan secara semulajadi memecahkan umpan lembut secara kimiawi tanpa menyebabkan sebarang bahaya pada ikan.

Sekiranya berlaku kes-kes putus atau lucut di dalam air, umpan ini 100% boleh terbiodegradasi, dari masa ke masa umpan soft plastik ini akan hancur dalam sesuatu tempoh dan tidak menyebabkan sebarang bahaya atau kerosakan kepada alam sekitar.

Warna, Ukuran & Harga

kanicen-nix-grenti-strike-brudu-luminous-colors-for-daylight-and-night-fishing

BRUDU datang dalam 4 warna menarik iaitu oren, merah jambu, putih mutiara dan hijau. Setiap pek mengandungi 10 biji satu warna dan dijual pada harga yang berpatutan RM12 setiap pek di online.

Aksi Hidup

Jangan hanya menerima kata-kata kami, saksikan video kami di bawah dan lihat aksi umpan kami seperti hidup dan pergerakan yang amat fleksibel dan lembut pasti memikat ikan dengan umpan soft plastik kami.

Lihat Video di sini:

Kanicen Nix – Brudu Action

Hasil Tangkapan

Di Kanicen Nix kami membiarkan hasil kerja keras kami bercakap, berikut adalah hasil tangkapan kami dengan BRUDU:

Dan yang berikut adalah testimoni daripada pelanggan kami:

https://www.facebook.com/kanicennixmalaysia/

Beli Original

Beli yang original dimana umpan kami ada jenama KN.

Pembelian

Untuk pasaran Malaysia / Singapore / Brunei sila order di page Facebook kami di:

https://www.facebook.com/kanicennixmalaysia/