Grenti Strike: Silau – (BM)

Kanicen Nix

Sebarau atau juga di kenali sebagai Hampala adalah salah satu jenis ikan sungai yang amat digemari dan sering menjadi sasaran utama peminat memancing sungai di Asia Tenggara.

Kami di Kanicen Nix dengan bangga mempersembahkan kepada para pelanggan kami hasil micro spoon kami, SILAU, dan ia merangkumi segala usaha, penyelidikan, dan pembangunan untuk menghasilkan produk yang sempurna dari segi hasil walaupun ciri khas kepala micro spoon terbaru ini menghadap ke bawah, tetapi percaya kepada kami, keanehan ini adalah salah satu rahsia yang membolehkan SILAU menandingi semua micro spoon lain di luar sana kerana ia akan meningkatkan kadar strike ikan.

kanicen-nix-grenti-strike-silau-microspoon-mold

Inspirasi

SILAU, produk micro spoon terbaru kami sesuai untuk pancingan ultralight / finesse telah di rekabentuk dengan matlamat utama bukan sekadar pancingan jeram, tetapi juga ke arah memburu ikan Sebarau. Reka bentuk dan idea umpan micro spoon ini adalah satu peningkatan ketara dari micro spoon yang menjadi idaman pemancing yang dikenali sebagai Red Eye.

kanicen-nix-grenti-strike-silau-micro-spoon

Setelah menjalankan lebih banyak R&D dan hasil informasi yang berjaya kami kumpulkan kami telah mengambil inisiatif untuk menambah baik dan memasukkan ciri-ciri tambahan untuk memastikan versi umpan kami yang baru ada kemajuan dari versi sebelumnya dan mampu memberikan hasil yang lebih baik. Pergerakan micro spoon terbaru ini mampu menyesuaikan diri dengan keadaan aliran air jeram disebabkan oleh bentuk aerodinamiknya. SILAU diselaraskan ke arah renangan secara semulajadi dan menyesuaikan gerakan mengikut keadaan aliran jeram dengan itu membolehkan renangannya kelihatan semulajadi.

kanicen-nix-grenti-strike-silau-gold-color-micro-spoon-custom-design-3d-size-view

Ciri Menarik

Micro spoon SILAU kami akan mengurangkan tali berpintal berbanding dengan lain-lain umpan micro spoon lain yang sering mengakibatkan tali berpintal dan putus. Dengan SILAU, rekabentuk kami telah meminimakan masalah sedemikian hasil daripada R&D dan jiwa kami yang menyeluruh untuk meningkatkan dan menyempurnakan umpan kami melalui ujian lapangan.

kanicen-nix-grenti-strike-silau-gold-color-micro-spoon-custom-design-3d-top-view

Teknologi Tersendiri

Selain dari renangan, SILAU juga mampu menghasilkan getaran yang lebih baik di dalam air dan bentuk aerodinamiknya juga membolehkan ia memotong air secara lancar dan semulajadi, dengan itu meningkatkan kebarangkalian penangkapan ikan. Skala potongan ketepatan pada badan membolehkan micro spoon ini memberi reflek cahaya dari setiap sudut apabila ia bergerak di dalam air untuk menarik ikan ke arahnya.

kanicen-nix-grenti-strike-silau-gold-color-micro-spoon

Warna, Ukuran & Harga

SILAU hanya mempunyai berat sekitar 3g dan 7g buat masa ini dengan panjang 3.5cm (1.38 inci) untuk 3g dan 5cm (1.97 inci) untuk 7g yang merupakan ukuran purata ikan umpan yang terdapat di sungai dan merupakan micro spoon yang sempurna untuk memikat serigala sungai; Sebarau. SILAU juga telah terbukti berkesan terhadap ikan-ikan jeram lain seperti Tengas, Bujuk, Kedak, Seluang, Sikang, Haruan, Peacock Bass, Lampam dan macam-macam lagi.

kanicen-nix-grenti-strike-silau-micro-spoon

SILAU boleh di dapati dalam 2 warna (Gold & Silver) dan dijual secara berasingan pada harga yang berpatutan RM10 di online.

3 Kaedah Penggunaan SILAU

1. Guna SILAU Seadanya

Gunakan seadanya dengan kepala menghadap ke bawah untuk memikat ikan yang berada sekitar 2-3 kaki.

kanicen-nix-grenti-strike-silau-silver-color-micro-spoon

2. Gerakan Jerk

Tukar kedudukan mata kail ke ekor spoon dan gunakan gerakan jerking apabila membuat karauan. Kaedah ini penting untuk pancingan ultralight kerana dalam kebanyakan kes, lubuk terbaik untuk di cast biasanya kecil, sempit dan menggunakan teknik karauan laju tidak disyorkan kerana ia akan menjadi terlalu cepat untuk ikan jeram untuk keluar dan menyerang. Jadi cara terbaik ialah membuat casting ke lubuk yang anda inginkan dan membuat aksi jerk dan hasil akan serupa dengan aksi semulajadi dimana ia akan meningkatkan kadar serangan.

kanicen-nix-grenti-strike-silau-gold-color-micro-spoon-jerking-spoon

3. Umpan Atas

Pastikan mata kail terletak pada ekor spoon dan lakukan aksi karauan laju dimana spoon ini tidak akan memberi rintangan dan aksi tetapi akan berada di bahagian atas air dan berenang seperti anak ikan yang melarikan diri; ini akan menarik pemangsa.

kanicen-nix-grenti-strike-silau-silver-color-micro-spoon-jerking-spoon

Aksi Hidup

Jangan hanya menerima kata-kata kami, saksikan video kami di bawah dan lihat aksi umpan kami seperti hidup dan pergerakan yang amat fleksibel dan lembut pasti memikat ikan dengan umpan soft plastik kami.

Lihat Video di sini:

Kanicen Nix – Grenti Strike Baits Action

Hasil Tangkapan

Di Kanicen Nix kami membiarkan hasil kerja keras kami bercakap, berikut adalah hasil tangkapan kami dengan SILAU:

Dan yang berikut adalah testimoni daripada pelanggan kami:

https://www.facebook.com/kanicennixmalaysia/

Beli Original

Beli yang original dimana umpan kami ada jenama Kanicen Nix.

kanicen-nix-grenti-strike-silau-gold-color-micro-spoon-custom-design

Pembelian

Untuk pasaran Malaysia / Singapore / Brunei sila order di page Facebook kami di:

https://www.facebook.com/kanicennixmalaysia/