Fishing Tips

Rod Ultralight – Mampuihhh Short Cut

Salam semua

Ada rakan-rakan bertanya macam mana game rod Mampuihhh ni? Jom saya share sedikit tips sebagai asas untuk semua yang membeli rod ultralight Mampuihhh.

Seperti yang anda semua sedia maklum brand Kanicen Nix sentiasa mendidik dalam setiap keluaran rod. Setiap rod bertujuan dengan sesuatu misi dan visi dalam meningkatkan ilmu untuk pemancing.

Jadi, apakah short cut untuk memahami rod Mampuihhh?

Ini jawapan yang cukup mudah untuk difahami.

  1. Memahami Tujuan Rod Dibuat

Apa yang paling penting sebelum atau selepas membeli sesuatu rod ialah memahami rod direka untuk tujuan apa, game apa. Fahami tujuan rod itu direka.

Seperti yang kami umumkan semasa pre-order rod Mampuihhh ini direka khas ke arah bass game dimana ia digunakan untuk kawasan yang sedikit bereba seperti kawasan ikan berkepala ular seperti haruan, bujuk, kerandang, sebarau, peacock bass dan sebagainya. Ia juga sesuai digunakan dikawasan berbatu seperti game rock fishing kerana rod Mampuihhh datang dengan solid tip. Jadi jika anda kaki land based jigging, shore jigging rod ini boleh digunakan.

Info lanjut boleh refer page rod ultralight Mampuihhh:

  1. Memahami Spesifikasi Rod

Spesifikasi rod harus difahami terlebih dahulu sebelum anda ke lokasi pancing. Ingat fahami cara anda mancing dan beli rod yang sesuai dengan cara anda, jenis umpan yang digunakan dan lokasi pancingan anda.

Rod ultralight Mampuihhh didatangkan dengan poundage 3-6lbs, fast action, berat gewang (lure weight) minima 3g dengan maxima 7g dan solid tip. Dari sini kita sebagai pemancing seharusnya boleh imagine rod ultralight ini sepatutnya agak keras berbanding semua rod keluaran Kanicen Nix sebelum ini.

Ingan ini bukan bermakna anda tidak boleh gunakan berat umpan yang lebih rendah. Ini cuma cadangan yang sesuai untuk anda memahaminya terlebih dahulu.

Amaran: Jangan guna berat gewang melebihi spesifikasi rod.

  1. Short Cut Mudah

Jadi short cut untuk rod Mampuihhh bagi mendapatkan performance tip top ialah berat gewang atau umpan minima 3g dan maxima 7g. Gewang top water, jigs, spoon, katak tiruan adalah pemilihan yang bagus. Namun, jika anda tahu tune diri anda dengan umpan tiruan lain maka tidak kisah game apa anda ingin cuba ia masih boleh memberi keseronokkan.

Untuk rod yang keras pemilihan tali yang lembut dan berdiameter halus amat penting. Ini kerana rod yang keras akan menyukarkan sedikit anda membuat casting jika tali yang anda guna tidak sesuai. Tali yang tebal atau keras akan memberi isu seperti tangle (berbelit), geseran yang banyak dan membuatkan lontaran tidak mendapat distance yang sepatutnya, proses karauan yang agak berat dan terasa ada yang tidak kena dengan setup dan bermacam-macam isu lain yang akan mempengaruhi performance secara keseluruhan.

Pemilihan reel yang kami rekomen ialah dari saiz 1000 ke 2500 dengan syarat balance dan matching harus dititik beratkan supaya tidak memudaratkan rod. Pemilihan reel shallow spool pada yang berkemampuan akan lebih memberi performance berganda untuk rod Mampuihhh. Elak reel terlalu berat (contoh lebih dari 250g) kerana total weight yang berlebihan akan membuatkan anda keletihan.

Solid tip sebenarnya direka untuk game yang memerlukan menahan asakan ikan yang degil dan yang suka masuk ke tempat yang didiaminya selepas menyerang mangsa. Kawasan laut seperti tepi batu, jeti, tepi pantai, flat water dan untuk fresh water pula seperti dikawasan berlumut, samai, reba seperti kayu (tidak extreme), struktur-struktur kecil. Keliatan bahagian solid itu akan mengawal jenis-jenis ikan yang suka melarikan umpan ke rumahnya. Melalui asakkan inilah anda akan merasa kegigilan. Ingat menggunakan rod solid tip bukan mudah seperti yang anda sangkakan untuk menggayakan umpan. Namun, disinilah ia akan memaksa anda mencari jalan penyelesaian.

Kaedah yang anda boleh gunakan semasa memancing ialah top water game, shore casting, carolina rigging, drop shot, vertical drop dan boating ke land based casting.

Kesimpulan

Selama ini kebanyakkan pemancing hanya fokus fokus pada game yang santai dan mudah. Rata-rata semua berada dalam safe zone dan tidak ingin mencuba sesuatu yang baru dan lebih extreme. Jadi kali ini kami ingin membawa anda ke arah game yang akan menguji skills dan sejauh mana anda sanggup merangkak untuk mencari ilmu. Disini kami sebenarnya ingin didik kaki pemancing ultralight memahami teknikal knowledge sesuatu rod dan teknikal knowledge dalam pemilihan umpan yang digunakan dalam konsep balance dan matching yang lebih praktikal.

Melalui rod Mampuihhh keluaran terbaru Kanicen Nix ini anda akan dipaksa untuk memahaminya terlebih dahulu. Jika berjaya kami pasti semua game lain akan menjadi mudah dan lebih berjiwa. Anda beli rod apa pun selepas ini secara tidak langsung akan ada skills, ilmu dan adab yang terbentuk dari penggunaan rod Mampuihhh.

Sebab itu setiap keluaran kami berbeza dari semua dan kami sentiasa membawa anda ke game yang berlainan untuk KEPUASAN disamping memberi ILMU.

Terima kasih pada semua yang amat positive dengan rod #Mampuihhh. Insyaallah segala kekurangan yang ada kami akan perbaikinya. Moga dipermudahkan semuanya.

Fishing is a test of Charactter – Kanicen Nix

Related Articles

Review: Rod Kanicen Nix – Sengat [Spinning] – Bahasa Version

Kanicen Nix

Apakah Punca Rod Ultralight Anda Patah?

Kanicen Nix

Review: Rod Kanicen Nix – Leebass [Spinning] – Bahasa Version

Kanicen Nix