Pembelian

Kanicen Nix

Terima kasih kerana sudi support local brand.

PEMBELIAN BARANG KANICEN NIX

  1. Pastikan list barang yang ingin anda beli adalah betul.
  2. Pastikan juga harga barang yang anda beli adalah betul sebelum membuat bayaran.
  3. Selepas membuat bayaran mohon bersabar sebelum kami menyemak dan membuat pengesahan. Segala proses pengesahan akan mengambil masa jika kami outstation, trip mancing dan berada di luar kawasan.
  4. Biasanya waktu urusan kami ialah Isnin sehingga Jumaat sahaja dari pukul 10am ke 6pm. Segala urusan akan disambung keesokan harinya.
  5. Anda juga harus bersabar kerana kami sentiasa menerima pelbagai PM, komen di page, walk in customers. Tidak bermaksud kami online kami free untuk menjawap secepat yang boleh. Pastikan anda sentiasa bersabar dan senyum insyaallah kami akan reply. 🙂
  6. Barang Pre-Order tiada masa yang boleh kami tetapkan dengan pasti. Biasanya kami akan beri anggaran masa sahaja. Segala kelewatan dalam urusan jual-beli perlu tolak ansur dan anda harus bersabar dalam menunggu status berita terkini dari kami.
  7. Pembelian melalui penjual kami bukan tanggungjawap kami. Kami cuma dapat memantau melalui feedback anda sahaja. Jadi segala urusan dengan penjual barang Kanicen Nix adalah risiko anda sendiri.

PEMBAYARAN

  1. Pembayaran adalah ke akaun syarikat kami SAHAJA. Jika anda membuat bayaran ke akaun lain kami tidak bertanggungjawap atas segala isu yang hadir.
  2. Sila semak dengan betul no akaun syarikat kami sebelum membuat bayaran.

KADAR POS

  1. Harga pos bergantung pada kos perjalanan, pembungkusan, berat dan jenis barang. Kadar kos Poslaju buat masa ini ialah RM10 untuk semenanjung dan RM12-15 untuk Sarawak dan Sabah.
  2. Kadar harga pos juga bergantung pada jenis kurier yang digunakan.
  3. Pos setiap Selasa dan Khamis sahaja. Kecuali jika kami ada buat pos hari lain kami akan beri tracking no. Jika kami outstation mohon bersabar.
  4. Selepas kami memberi anda tracking no, maka anda harus bertanggungjawap untuk sentiasa menyemak status penghantaran. Jika dalam 2 hari bekerja anda masih tidak dapat barang yang telah anda beli maka dengan segera hubungi Poslaju terdekat dengan anda.
  5. Sebelum menerima barang pastikan anda membuat pemeriksaan terlebih dahulu untuk memastikan semua barang yang dibeli ada dalam keadaan baik.
  6. Jika ada kehilangan atau kerosakkan pada barang anda perlu membuat repot pada Poslaju terdekat dengan anda.

REFERENCE

  1. Pastikan letak Nama FB/Insta anda sebagai REFERENCE semasa membuat online transfer bagi memudahkan kami menyemak nama yang keluar di akaun syarikat kami adalah nama anda. Semasa membuat transfer akan ada ruang untuk Reference. Isi ruang tersebut dengan nama FB/Insta anda.
  2. Setiap pembayaran anda wajib memberi screenshot kepada kami sebagai bukti pembayaran.

STOCK

  1. Stock bergantung pada polisi “First Come, First pay dan First Serve”. Andaikata selepas buat bayaran stock yang anda order habis kami memohon maaf.
  2. Anda boleh memilih produk lain yang sama harga atau anda juga boleh menukar warna yang berlainan. Atau anda boleh menunggu sehingga stock terbaru masuk.

SELEPAS BAYARAN

  1. Sila pm details lengkap Nama sebenar, Alamat dan no tipon.
  2. Mohon jasa baik jangan bagi dalam bentuk image. Ini akan menyusahkan kami copy paste alamat anda ke dalam sistem kami. Kesilapan boleh terjadi jika kami perlu type sendiri.
  3. Sila masuk dlm group brand kami untuk support:

https://www.facebook.com/groups/kanicennix/

WARRANTY

  1. Tidak ada sebarang warranty seperti rosak, patah, dan sebagainya ke atas semua barang pancing selepas anda menerimanya dalam keadaan yang baik.

PEMBELI PERLU TAHU

  1. Setiap booking perlukan bayaran. Kami tidak menerima booking mulut kerana ini akan menyusahkan semua pihak.
  2. Segala urusan jual-beli HQ hanya di page Facebook Kanicen Nix sahaja.
  3. HQ tidak membuat sebarang urusan menggunakan WhatsApp untuk mengelakkan isu-isu yang tidak diingini seperti kehilangan phone, kerosakkan dan lain-lain. Ini akan menyukarkan kami mencari kembali segala bukti semasa membuat urusan.
  4. Sila SIMPAN bukti pembelian sehingga barang yang di order sampai ke tangan anda.
  5. Pastikan semak page Kanicen Nix untuk sebarang pengumuman kerana kami mungkin outstation dan tidak dapat membuat sebarang proses pembelian / penjualan.
  6. Anda mungkin nampak kami online membuat marketing di wall atau page dan ini tidak bermakna kami sempat untuk reply PM anda. Marketing kebiasaan dilakukan secara auto schedule.
  7. BAKI TIDAK AKAN DI MASUKAN KE DALAM SAMPUL POS kerana terlalu banyak kes kecurian. Sebaiknya sila PM Bank Akaun anda atau anda masih lagi boleh membuat pembelian dengan produk yang sesuai dengan baki atau kami sentiasa bersedekah pada rumah kebajikan. Anda boleh maklumkan pada kami jika ingin berbuat demikian.
  8. Pastikan anda sentiasa update kami jika ada pertukaran alamat, no telefon atau NAMA FB anda. Kerana ini akan menyukarkan kami mencari anda dan menjadi punca kelewatan dalam penghantaran atau tidak dapat memaklumkan perkara penting.
  9. Untuk barang Pre-Order jika anda sebagai pembeli hilang dari radar sehingga kami tidak dapat menghubungi anda maka produk yang anda beli kami berhak untuk menjualnya kepada pembeli lain tanpa sebarang notis.
  10. Jika anda ingin kensel barang yang anda beli, segala proses handling, fees dari bank lain harus ditanggung oleh anda.

Syarat-syarat ini adalah sebagai panduan untuk kebaikan masing-masing. Kami akan sentiasa membuat perubahan apabila perlu tanpa sebarang notis.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi support kami. Semoga murah rezeki tuan sekeluarga. Aminnnnn 🙂