Company News

Ultralight Fishing Event: Northern Ultralight Anglers 2018

northern-ultralight-anglers-2018

Salam semua,

Event Ultralight Fishing yang di anjurkan oleh Northern Ultralight Anglers (NUA) 2018 pada 15/12/2018 di Kolam Cendoi, Kuala Muda, Kedah telah berjalan dengan lancar dan amat meriah sekali. Seramai 97 peminat-peminat sukan ultralight telah hadir kali ini untuk menjayakannya.

northern-ultralight-anglers-2018

Tahniah

Tahniah pada semua yang menjayakannya. Tahniah kepada penganjur, tahniah kepada sponsors, dan tahniah kepada peserta yang hadir untuk menjayakannya. Tidak lupa tahniah pada tuan Kolam Cendoi yang turut berusaha sama untuk menjayakannya. Terima kasih pada semua sponsors dibawah ini. Dengan segala hadiah sponsorship anda semua peserta balik dengan senyuman.

#KanicenNix, #Splash, #Karraw, #PakngahBulletFly, #SpApache, #Channalicious, #ZanieZestEnterprise, #HuzairyWorks, #JuiceSterling, #DroneKajang, #Kail, #CastEmpire, #Fresqura, #E-Jig, #NCRLure, #Ikanz, #KasttingClinic

Tahun ini kita dapat elakkan KUMPAW BERJEMAAH. Hahahaha 😀

MASA HADAPAN PRODUK TEMPATAN

Masa hadapan bakal menerangi untuk semua pemaju barangan local produk. Kami Kanicen Nix bersedia membawa anda semua untuk semua event ultralight fishing kami di seluruh Malaysia dan luar negara. Insyaallah. Jadi jika anda berminat sila hubungi kami di page kami.

Tahun hadapan menjanjikan lebih peluang untuk semua. Kami diberitahu akan ada event di Johor Bahru, Pahang/Terengganu, Selangor/Kuala Lumpur, Sarawak, Kedah?Penang dan kami juga berkemungkinan akan ke luar negara lagi atas jemputan dari Philippines dan Indonesia.

Jadi be ready guys. Kami akan bawa sekali semua produk-produk tempatan yang ingin menjayakan misi kami membina KOMUNITI LOCAL BRAND dan memberi/mencipta peluang untuk lebih maju kehadapan. Ayuh maju bersama. Ayuh kayuh bersama. Dan ayuh berusaha kearah pancingan yang lebih menyeronokkan.

Terima Kasih

Terima kasih NUA atas jemputan setiap tahun. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik bukan sahaja ilmu ultralight fishing tetapi juga ilmu-ilmu lain yang lebih penting iaitu pentingnya adab apabila memancing.

Moga apa yang kami share di event mampu memberi sedikit perubahan dan kebaikan. Moga apa yang kami buat dapat mengisi ruang di dalam diri setiap peserta yang hadir. Moga apa yang kami beri mampu memberi kematangan untuk generasi akan datang.

Mohon maaf jika ada tersilap kata, mohon ampun jika ada terkasar bahasa. Berjumpa lagi di tahun hadapan.

Jangan lupa share yer.

Related Articles

Featured: Umpan Fishing Magazine March 2015

Kanicen Nix

Halus: Braided Fishing Line Ver 1.0

Kanicen Nix

Featured: Umpan Fishing Magazine January 2015

Kanicen Nix