Fishing Activity

Zamisma Abu: Gedik Soft Plastic Comel Pemikat MJ / Siakap Merah

Apabila bercerita tentang soft plastic, ia memang sesuatu yang tidak asing lagi dalam kalangan pemancing. Perkembangan teknologi pancingan telah memberi ruang dalam pengeluaran pelbagai jenis dan bentuk soft plastic sebagai umpan tiruan. Jika bercakap tentang keberkesanannya memang rata-rata pemancing mengakui bahawa peratus untuk strike itu sangat tinggi. Bukan sahaja tahap efektifnya dalam teknik casting memikat spesies idaman tetapi juga dapat mengurangkan kos memancing.

Fenomena gedik SP ini telah banyak merasuk peminat tegar Ultralight Fishing. Memang pada awal agak sukar untuk mendapatkan SP yang bersaiz kecil @ comel yang matching untuk penggayaan Ultralight. Atas usaha tekad Kanicen Nix, telah berusaha mencari pattern yang sesuai dan menarik untuk pasaran Malaysia. Lahirnya produk “Grenti Strike” sebagai pencetus semangat untuk strike.

Memburu Ikan Siakap Merah atau MJ

Saya bukan ingin mengulas lanjut tentang produk Grenti Strike, cuma saya ingin berkongsi pengalaman hasil mengaplikasikan SP comel daripada Kanicen Nix. Sasaran saya adalah spesies samseng muara yang terkenal dengan gigi taring ala Drakula yang jadi buruan ramai kaki pancing muara. Kepercayaan yang diberi oleh Kanicen Nix telah saya cuba untuk menjerat Manggrove Jack atau Siakap Merah atau lebih dikenali panggilan manja “Mak Janda” atau “MJ”.

Soft Plastic Paddle Tail

Sesi pancingan memburu MJ menggunakan soft bait Kanicen Nix – Paddle Tail . Awal percubaan saya gagal memujuk MJ tetapi spesies lain yang agak rare telah saya berjaya daratkan iaitu Marble Goby @ Betutu (panggilan di Sarawak) atau lebih dikenali sebagai ikan Ketutu dan Tilapia Hitam. Hasil itu amat mengejutkan saya kerana SP yang comel dapat memikat ikan betutu dan tilapia hitam bersaiz 1kg lebih. Keesokan harinya saya membuat trip “repeat” misi memburu species yang menjadi target utama. Saya membawa SP – Paddle Tail yang sama dan kali ini ia disambar rakus oleh penghuni muara. Alhamdulillah misi tercapai dan ini membuktikan SP Kanicen Nix – Paddle Tail tersebut sesuai untuk memikat MJ.

soft bait kanicen nix paddle tail memikat MJ Mangrove Jack Siakap Merah

Soft Plastic Curly Tail

Sejurus selepas itu saya mencuba SP Curly Tail yang terkenal dengan aksi gedik yang mengoda. Teknik karauan perlahan (slow retrieve) dengan sedikit jerk seakan-akan anak udang / anak ikan berenang ternyata gedik SP ini berjaya membuat MJ / Siakap Merah marah. Bagi saya SP Gerenti Strike Kanicen Nix bukanlah susah untuk digayakan. Yang penting penggunaan Jighead yang sesuai beratnya haruslah bersesuaian dengan jenis SP yang dipilih. Sebab itu saya menggunakan jighead yang beratnya dalam lingkungan 1.5 gram hingga 2.5gram. Teknik karauan pula, gunalah sama ada slow retrieve, fast, jerk atau seretan dasar; semuanya efektif. Yang penting sesuaikan dengan target spesis anda.

soft bait kanicen nix curly tail fluorescent green memikat baby MJ Mangrove Jack Siakap Merah soft bait kanicen nix curly tail fluorescent green memikat Barramundi Siakap Putih soft bait kanicen nix curly tail fluorescent green memikat MJ Mangrove Jack Siakap Merah soft bait kanicen nix curly tail fluorescent green MJ Mangrove Jack Siakap Merah soft bait kanicen nix curly tail fluorescent green strike MJ Mangrove Jack Siakap Merah soft bait kanicen nix curly tail fluorescent green memikat Siakap Putih Barramundi zamisma strike using soft bait kanicen nix curly tail MJ Mangrove Jack Siakap Merah zamisma strike using kanicen nix curly tail soft bait MJ Mangrove Jack Siakap Merah

Soft Plastic Elastico

Nama Elastico pula memang tidak asing lagi , antara produk yang “Hot Item”. Apabila SP ini sampai ke tangan saya, pandangan pertama sudah membuatkan saya jatuh cinta. Variasi colour yang pelbagai dapat memberikan pilihan kepada saya untuk mencuba setiap colour dalam pelbagai kondisi air. Warna hijau glow dan putih menjadi cubaan awal saya kerana kondisi air ketika itu kemerah-merahan. Saya padankan SP Elastico dengan jighead seberat 1.8 gram dan membuat karauan perlahan, perghhhh yang ini memang gedik gilerrrrr!!!!. Yang menariknya ada kesan wave atau gelombang halus mengiringi SP ini hasil dari gediknya. Puluhan MJ / Siakap Merah telah tertipu dengan gedik soft bait Kanicen Nix – Elastico.

Soft Plastic Worm Flexi Tail

Kemudian saya diberi peluang mencuba pula SP Worm Flexi Tail. Ini antara SP Grenti Strike yang paling comel. SP kurus dan berekor agak panjang. Terfikir juga….macam mana nak gayakan SP secomel ini??? Saya gabungkan dengan Jighead seberat 1.2gram agar actionnya lebih menarik. Bentuknya yang seakan cacing yang berenang dalam air. Menariknya saya diberi mencuba SP yang berwarna putih dan pink.

Pink???? Kenapa pink?

Rupanya warna juga memainkan peranan dalam memikat MJ yang sedang lapar. Saya lebih selesa memainkan SP ini secara slow jerk, yang mana memperlihatkan seakan seekor cacing yang berenang keatas dan ke bawah. Memang berbaloi dengan SP ini kerana dapat menggoda MJ dengan gediknya.

zamisma strike using soft bait kanicen nix worms flexi tail MJ Mangrove Jack Siakap Merah

Tips Mengenali Spot MJ / Siakap Merah

Sedikit tips untuk mencari spot MJ. Saya lebih suka memburu spesies ini di kala air surut habis. Waktu yang sesuai adalah seawal pagi ketika matahari baru naik kerana waktu ini MJ rakus menghentam anak-anak ikan dan udang paya. Carilah spot kuala yang bermuara sungai kecil berhampiran laut yang menjadi tempat ikan belanak membiak. Kawasan berstruktur berbatu yang ditumbuhi teritip dan timbunan kayu-kayu lama yang berupa reba semulajadi. Kawasan seperti ini menjadi habitat semula jadi MJ.

Kualiti Soft Plastic Yang Harus Di Beri Pujian

Pandangan keseluruhan saya terhadap SP Grenti Strike keluaran Kanicen Nix boleh diberi 5 star kerana atas faktor lowcost, mampu milik, mudah disimpan, diperbuat daripada material yang tidak alergi dan yang penting sangat efektif serta multicolour. Bagi penggemar Ultralight Fishing Game, inilah SP yang sesuai dan perlu ada dalam poket atau box anda.

Berharap akan datang, Kanicen Nix akan mengeluarkan SP yang efektif dan membawa fenomena yang sentiasa membuat penggemar sukan ultralight fishing merasai bahangnya. Bako tetap bako bak kata Kanicen Nix…

Related Articles

Amir Jufri: Ketuk Dasar Menduga Pak Misai Dengan Rod Kanicen Nix Sailang

Amirjufri094

Ramlan Ramli: Trip Membottom Ikan Lampam Menggunakan Setup Ultralight

Kanicen Nix

Kanicen Nix: Hunting Burmese Trout – Do It With Grenti Strike Lures

Kanicen Nix