Fishing Tips / Tips Pancing

JOM BELAJAR TIPS MUDAH: APA IKAN MAHU? APA ANDA MAHU SEBENARNYA?

Sebagai pemancing anda pasti mahukan hasil dalam setiap trip pancing namun ada hari kita pulang tanpa sebarang tangkapan. Perasaan kekecewaan menjadi lebih teruk apabila setiap umpan yang di cuba langsung tidak dilayan oleh ikan yang dijadikan sasaran.

Dimanakah silapnya?

Apakah punca sampai begitu teruk sekali sedangkan anda percaya anda telah menggunakan umpan yang killer dan power?

Anda juga amat pasti anda ada ilmu di dada dan segala kemahiran yang anda percaya, anda ada. Serta anda agak pasti anda telah membaca semua tips yang ada di Google.

Jadi dimana silapnya sampai seekor ikan pun tidak mahu makan umpan yang killer itu?

Jom belajar. Apa ikan mahu vs Apa anda mahu sebenarnya. Kita semua manusia biasa dan tidak semua perkara kita mampu melawannya. Tips ini adalah realiti kita sebagai pemancing.

Apa yang anda perlu tahu ialah ikan menyerang umpan melalui nalurinya. Apakah itu naluri? Naluri berkait rapat dengan TABIAT SEMULAJADI. Jadi perkara utama yang anda harus faham apabila anda memburu ikan kesukaan anda ialah

  1. Diet – Jenis makanan ikan tersebut dikawasan yang didiaminya serta saiz makanan itu.
  2. Warna – Warna makanan berdasarkan diet kebiasaannya.
  3. Cuaca dan Suhu – Bilakah waktu yang paling sesuai untuk memburunya.
  4. Naluri – Ikan menyerang melalui naluri jadi fahami cara serangannya dan apa yang disukainya.
  5. Habitat – Dimana ikan target anda biasanya berkeliaran apabila mencari makan.

Fahami dan praktikkan semua perkara diatas anda mampu mengubah nasib anda semasa memancing. Semoga anda dapat bezakan apa yang ikan mahu sebenarnya berbanding apa yang anda mahu sebenarnya.

TERIMA KASIH

Jika anda ada pendapat lain, sila berkongi dengan kami.

Sila save. Sila tag. Sila share jika anda merasakan ilmu pancing “JOM BELAJAR TIPS MUDAH: APA IKAN MAHU? APA ANDA MAHU SEBENARNYA?” ini dapat membantu anda dan rakan-rakan lain untuk lebih menikmati hobi mancing. Ilmu tidak pernah habis jadi terus belajar dan terus majukan diri.

Related Articles

JOM BELAJAR TIPS MUDAH: PENGGUNAAN UMPAN YANG SESUAI MENGIKUT KEDALAMAN PARAS AIR

Kanicen Nix

Apakah Punca Rod Ultralight Anda Patah?

Kanicen Nix

TIPS PANCING: PENCURI DISOKONG, PENGUSAHA DIABAIKAN SEBAB MURAH LAGI PENTING DARI DOSA

Kanicen Nix