Fishing Tips / Tips Pancing

JOM BELAJAR TIPS MUDAH: MEMAHAMI UMPAN MATCH THE HATCH

MATCH THE HATCH – APAKAH MAKSUDNYA?

Apakah maksud “Match The Hatch”? Maksudnya adalah apabila anda memadankan umpan tiruan yang menyerupai atau mirip dengan makanan yang dimakan secara semulajadi oleh ikan di sesuatu kawasan pancingan anda.

ASAL USUL

Ungkapan “Match The Hatch” sebenarnya berasal dari komuniti pancing layang (fly fishing)
di mana maksud “Hatch” ialah penghasilan secara asli (hidupan yang mendiami dan membuat
penetasan semulajadi) seperti serangga yang ada di alam sekitar atau sesuatu habitat yang
mereka pancing.

Namun, kini ‘Match The Hatch” untuk dunia casting ia lebih merujuk kepada sumber makanan
semulajadi seperti umpan tiruan minnow, serangga, ulat atau hidupan di dalam air yang
berkerang seperti udang dan sebagainya.

ELEMEN MATCH THE HATCH

Cuba padankan elemen dibawah ini seberapa banyak yang boleh untuk memikat ikat yang disasarkan:

Warna

  • Padankan warna umpan anda dengan habitat lokasi pancingan anda. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah persekitaran, makanan kebiasaan ikan yang ada di dalam air dan warnanya.

Saiz

  • Saiz umpan yang dipakai itu juga harus disesuaikan dengan saiz makanan kebiasaan ikan di lokasi pancing anda. Ini kerana ikan menyerang mangsa yang biasa dilihatnya melalui naluri. Jika terlalu besar ia mungkin akan terkejut atau rasa was-was untuk membuat serangan.

Bentuk

  • Bentuk juga amat penting kerana ia akan meningkatkan peratus ikan pemangsa membuat serangan. Bentuk yang biasa dilihatnya akan membuatkan ikan menyerang tanpa membuang masa.

Aksi

  • Aksi umpan yang mimik dengan makanan yang ada di dalam air akan menambahkan keghairahan ikan pemangsa untuk menyerang mangsanya terus. Keaslian gerakkan, renangan dan yang nampak semulajadi akan sentiasa memberi kelebihan.

Ada pendapat lain? Sila share 🙂

Sila save. Sila tag. Sila share jika anda merasakan ilmu pancing “JOM BELAJAR TIPS MUDAH: MEMAHAMI UMPAN MATCH THE HATCH” ini dapat membantu anda dan rakan-rakan lain untuk lebih menikmati hobi mancing. Ilmu tidak pernah habis jadi terus belajar dan terus majukan diri.

Related Articles

Catching Fish and Making Memories

Kanicen Nix

Tips On Hunting Mangrove Jack You Need To Know When Using Geli-Geli Worms

Kanicen Nix

LAST CAST PODCAST EPISODE 7: SPINNING LOW CLASS, BC HIGH CLASS

Kanicen Nix