LAST CAST PODCAST

LAST CAST PODCAST EPISODE 6: SIKAP PEMANCING YANG DIBENCI

Podcast LAST CAST Episode 6 kami ada tetamu undangan iaitu Piejal Podolski, sebagai “Influencer” untuk berbincang isu “SIKAP PEMANCING YANG DIBENCI”.

Antara sikap yang dibenci ialah Suka Pecah Port, Bawa Barang Terlarang, Fitnah, Kaki Branded, Suka Kutuk/Kecam, Berpuak, Talam Dua Muka, Semua Hebat, Perkauman, Menipu Hasil Tangkapan, Merah Mata, Kaki Tapau, Pinjam Barang Tak Pulang dan bermacam-macam lagi perangai yang dibenci akan kita bincangkan.

Tonton video di bawah ini untuk mendengar pendapat kami dalam Podcast LAST CAST Episode 6 SIKAP PEMANCING YANG DIBENCI?

INFORMASI LIVE PODCAST LAST CAST

LIVE Podcast LAST CAST Season 1 hanya di Tiktok buat masa ini:

Hari: Rabu
Masa: 9:30pm.
Media: Tiktok Kanicen Nix

Sila follow kedua-dua akaun dibawah ini untuk segala informasi berkenaan podcast.

LIVE di akaun Tiktok @KanicenNix feeding buat sementara waktu sehingga akaun LastCastMedia grow followers.

Follow juga akaun Tiktok @LastCastMedia. Kami akan gunakan akaun LastCastMedia sejurus kami mendapat followers seramai 1000 orang.

Rakaman LIVE sebelum ini telah diupload di YouTube @Lastcastmedia.

https://youtube.com/@LastCastMedia

MOTIF RINGKAS

Rancangan Last Cast ini ada pelbagai program dan salah satu darinya ialah Podcast. Dalam podcast kita akan membincangkan pelbagai perkara berkenaan mancing, isu-isu semasa, isu hangat dan yang lebih menarik kami juga akan menjemput idola-idola anda untuk sama-sama menjayakan program ini.

Jangan lupa follow kami untuk topik-topik pancing yang lebih menarik setiap minggu melalui Podcast Last Cast. Segala topik kami hanya berkenaan mancing sahaja jadi kami “Stick To Fishing”.

Related Articles

AKAN DATANG: PROGRAM PODCAST LAST CAST

Kanicen Nix

LAST CAST PODCAST EPISODE 2: AMAZON INVADERS / PEACOCK BASS MUSUH NEGARA BETUL KE?

Kanicen Nix

LAST CAST PODCAST EPISODE 4: TAPAU

Kanicen Nix