Fishing Activity

Lyee Caster: Spoon Red Eye Beraksi Di Sg Kejar Royal Belum Part 2

Sg. Kejar, Royal Belum sememangnya menjadi sebutan bagi kaki casting. Ramai yang telah masuk ke Sg Kejar untuk menduga spesis hampala yang di viralkan dalam media sosial. Kami juga antara yang teracun dengan hampala Royal Belum dan mula membuat planning dari group Caster Community Club dan kali ini kami membawa produk Kanicen Nix. Saya membawa umpan Grenti Strike Spoon Red Eye 5g untuk menguji killer tau tidak di Sg Kejar. Nak cuba nasib di tempat yang berlainan.

Tiba harinya 28/4/2018 kami menuju ke Royal Belum untuk trip 3 hari 2 malam. Kami sampai di jeti dlm jam 6.30am dan sambil menunggu tekong kami mula mengeluarkan barang yang perlu di bawa masuk.

parking lot jeti royal belumJam 08.30am tekong kami sampai dengan 2 buah speed bot dan dengan pantas kami memasukkan semua barang ke dalam bot. Jam 09.30am kami pun bergerak menuju ke sg kejar.

Dalam perjalanan menuju ke Sg Kejar kami melalui kawasan perkampungan orang asli. Kami tengok anak-anak orang asli seronok sambil melambai tangan pada kami. Kami juga menikmati keindahan alam semulajadi di keliling tasik. Tidak pernah kami sangka Royal Belum begitu cantik sekali.

speed bot ke royal belumJam 11.00am kami sampai di Sg Kejar dan kami turunkan semua barang dari speed boat. Kami memulakan perjalanan kami ini kami harus treking mengikut jalan denai (lorong yg sedia ada) yang biasa dilalui oleh pemancing lain. Sampai sahaja checkpoint kawasan perkhemahan kami terus mendirikan khemah dan menyusun barang keperluan di atas para. Dengan tidak membuang masa kami mula membuat persiapan set-set pancing untuk memburu Hampala sebelah petang. Sebelum itu kami masak tengahari beramai-ramai. Sungguh seronok apabila semua bekerjasama. Sikap ini membuat saya rasa cukup berpuas hati dengan sikap semua rakan-rakan.

Hari Pertama – Teknik Tidak Menjadi

Pada jam 16.00pm kami mula turun untuk memburu spesis Hampala. Pada mulanya saya cukup yakin mesti akan strike untuk balingan pertama mengunakan spoon Red Eye tetapi harapan saya meleset sampai ke sudah. Tidak ada satu pun yang mengejar dan merasa agak pelik. Jika di Pahang pantang nampak pasti akan ada yang membuat hentakan padu. Lain pula disini. Perasan pelik mula membuat saya terfikir bermacam-macam. Adakah teknik? Adakah culas? Ada ikan ke tak? Pening…

Mencari Jalan – Tunjuk Ajar

Namun kekecewaan petang tadi tidak buat saya berputus-asa untuk mencubanya lagi. Saya tetap nekad untuk menggunakan spoon Red Eye pada esok harinya. Saya pasti ada yang tidak betul dengan cara saya. Pada belah malam saya cuba berborak dengan guide kami untuk mendapatkan tunjuk ajar dan tips. Dia berkata apabila telah membuat balingan pastikan spoon itu jatuh ke dasar. Sejurus ia jatuh terus buat karauan selaju yang boleh. Rupanya untuk cast sebarau di Sg Kejar tekniknya amat berbeza di tempat saya, Pahang.

Hari Kedua – Teknik Yang Sesuai

Tibalah hari kedua saya mempraktikkan tunjuk-ajar yang diberi oleh guide malam tadi. Beberapa kali saya membuat lontaran dan mencuba teknik yang diajar namun masih tiada sebarang strike. Sudah beberapa lubuk kami pindah. Saya mula menenangkan diri dan ingat segala ajaran dan ilmu yang ada apabila memburu sebarau. Ketenangan membawa hasil, akhirnya saya berjaya mendaratkan seekor sebarau bersaiz curut dengan teknik yang di ajar oleh guide. Apa yang saya perasan spot balingan juga amat penting kerana saya merasakan rata-rata ikan akan cepat menyorok apabila nampak kelibat kami. Jadi buat lontaran jauh sikit dari lubuk dan biar spoon jatuh ke dasar dan terus membuat karauan laju. Akhirnya ada juga rezeki kami strike sebarau di Sg Kejar utk di masak malam kedua.

sebarau hampala menggunakan spoon grenti strike red eyeTips Menggunakan Spoon

Nasihat saya apabila menggunakan spoon ialah tukar mata standard kerana mata standard biasanya sesuai untuk sebarau yang sebesar 2-3 jari. Putih mata beberapa kali kerana mata halus dan mudah lurus. Mata halus amat sesuai untuk sebarau yang kecil-kecil saiznya. Gunalah single hook yang lebih kuat dan terjamin sedikit kalau kena ikan sebarau yang bersaiz besar. Single hook juga akan membantu supaya tidak mudah tersangkut dengan reba di dalam air atau tersangkut pada batu-batu yang ada.

Segala persoalan saya akhirnya terjawap apabila mendapat beberapa strike sebarau di Royal Belum. Lega hati pun ada. Yang pasti selepas mendapat tunjuk ajar saya perasan Hampala di Sg Kejar seperti kelaparan apabila ternampak lenggokkan dan kilauan spoon Red Eye. Ia akan terus mengejar dan menyambar spoon Red eye dengan rakus.

Apa yang pasti selepas saya menggunakannya di Royal Belum umpan Grenti Strike spoon Red Eye adalah sesuai digunakan di mana-mana sahaja. Yang penting ialah memahami teknik yang sesuai kerana lain padang lain belalang. Serigala sungai sentiasa menanti mangsanya cuma kita yang harus meneliti dan memahami cara yang sesuai untuk memujuknya membuat sambaran.

Berharap rakan-rakan dapat sedikit tips dalam memburu hampala / sebarau di Sg Kejar, Royal Belum. Jika anda terlepas artikel part pertama bole baca di sini:

https://www.kanicen.com/lyee-caster-trip-camping-dan-mancing-ke-royal-belum/

Nantikan artikel saya yang akan datang. Jangan lupa share. Terima kasih 🙂

Related Articles

Video: Bujuk / Channa Lucius On Grenti Strike Geli-Geli

Kanicen Nix

Lyee Caster: Mencuba Spoon Design Terbaru Kanicen Nix “Silau”

Kanicen Nix

Lyee Caster: Memancing Ikan Peacock Bass Dengan Soft Plastik Grenti Strike Geli-Geli

Kanicen Nix