Company News

Perjalanan Rod Kanicen Nix – Sailang

Salam semua,

Perjalanan membuat rod Kanicen Nix – Sailang adalah satu pengalaman yang paling sukar kami lalui setakat ini. Terlalu banyak dugaan dan telalu banyak ilmu yang kami dapat dalam proses menyiapkannya. Kami amat bersyukur kerana telah diberikan pelbagai ilmu yang tidak boleh dinilai dengan wang.

Sehingga kini kami telah menjual sebanyak 925 batang rod Sailang jumlah termasuk batch pertama sebanyak 500 batang dan batch kedua sebanyak 425 batang. Impact yang amat bagus untuk produk keluaran tempatan. Ini hasil dari semua rakan-rakan yang support. Ada yang kenal dan ada yang tidak pernah kami kenal juga membeli dan menyokong. Tidak lupa juga usaha oleh team Kanicen Nix yang sentiasa membakar jiwa followers.

Motif Sailang

Tujuan utama kami memberi nama “Sailang” ialah untuk mewujudkan komuniti yang sihat dalam arena pancingan. Kami ingin membawa anda kembali ke zaman kanak-kanak di mana kita sentiasa mancing bersama rakan-rakan tanpa sebarang isu politik, isu agama, bangsa dan isu siapa kaya dan miskin.

Zaman kanak-kanak adalah satu memori yang tidak boleh dilupakan kerana ia adalah sesuatu yang paling manis dalam hidup kita. Kita akan saling tolak-menolak jika ada rakan yang memancing dapat ikan tidak henti-henti. Asik-asik dia… asik-asik dia. Confirm port dia kita sailang termasuk ikan dia sekali. Hahaha.. inilah seronoknya mancing tanpa isu-isu negatif.

Jadi jangan lupa zaman kanak-kanak anda dan Sailang lah ikan rakan pancing anda dengan beretika. Jauhkan diri kita dari sebarang isu kecaman, isu tidak puas hati dan jangan rosak hubungan akibat memancing.

Tujuan kedua kami ialah untuk memberi peluang supporters yang ingin mencuba rod keluaran anak tempatan. Mengapa harga rod kami sebelum ini lebih mahal ada sebabnya. Sebab utama ialah:

– RND bertahun lamanya;
– Kami keluarkan rod sebagai pemancing yang memahami jiwa anda sebagai pemancing ultralight;
– Rod 100% custom design;
– Kami letak jiwa kami apabila mereka-cipta semua produk keluaran kami.

Dan paling penting setiap keluaran kami ada motif, ada trend yang kami bawa. Itulah sebabnya kami membawa slogan “Ultralight Trend Setter”. Kami bukan sekadar buat rod tetapi pembawa trend yang lebih menyeronokkan. Inilah beza kami.

Proses Pembuatan

Pembuatan rod bukannya satu proses dimana ia boleh siap dalam seminggu dua atau sebulan dua. Ia memerlukan usaha yang konsisten dalam memastikan kualiti terjaga. Dari blank pertama sejak lebih setahun (sekitar tahun 2016) yang lepas kami telah mula membuat R&D, on-field testing dan pelbagai perkara lain untuk memastikan rod yang dikeluarkan akan memenuhi citarasa pembeli. Ia memerlukan masa dari minima 3 bulan sehingga 6 bulan untuk menyiapkan production dengan kualiti yang di ingini. Ingat kami bukan re-brand atau oem.

Bukan satu, bukan dua dan bukan juga 3 versi prototype tetapi kami membuat R&D sehingga versi prototype yang ke 4 baru dapat kami melahirkan rod yang kami rasa sesuai dengan konsep yang kami bawa iaitu all rounder. Contohnya apa yang anda lihat dalam video layaran kami ialah prorotype pertama dimana pada mulanya rod Sailang agak keras. Dari situ kami memulakan langkah memperbaiki segala perkara yang perlu untuk melahirkan rod yang sesuai untuk all rounder game.

Pelbagai tekanan dilalui, terlalu banyak masa dibuang dan terlalu banyak wang-ringgit dibazirkan untuk satu tujuan yang iaitu melahirkan rod yang mampu milik yang dapat digunakan oleh semua lapisan pemancing. Kesemua rod yang kami buat direka secara custom design akan melalui fasa R&D yang amat lama dengan ratusan trip on-field testing.

Cabaran

Setiap benda kita buat sudah tentu ada cabaran yang datang dalam pelbagai bentuk. Pelik adalah satu perasaan yang tidak dapat dibuang kerana inilah di antara perasaan yang kami lalui apabila membuat rod.

Antara perkara yang paling pelik yang berlaku ialah komitmen oleh pihak manufacturer mengeluarkan rod dalam standard kualiti yang kami mahu. Jika mereka mengambil sikap tidak kisah maka wujudlah produk yang kualitinya amat menyedihkan.

Perkara lain yang juga berlaku dalam setiap pembuatan rod ialah servis courier yang tidak menjaga barang dengan betul. Mungkin betul kata rakan saya yang bekerja di cargo kapal terbang semua barang dilempar-lempar sahaja seperti basketball. Dan yang menerima kesusahan adalah kami. Contohnya dalam batch kedua Sailang ini satu kotak telah kami rejek 100% kerana kami dapati semua rod telah hancur mungkin akibat dihimpit atau pun dilempar. Amat kecewa tetapi apakan daya kami terpaksa melaluinya. Rod yang rosak telah dikembalikan pada manufacturer untuk digantikan dengan yang baru. Di sinilah jadinya isu-isu seperti kelewatan.

Perkara yang biasa kami temui semasa membuka kotak ialah ada rod yang patah, ada rod yang majoriti guide ring nya crack dan paling teruk hilang. Ini terjadi akibat kotak dihimpit dengan barang yang lagi berat dan kotak dijadikan sebagai barang lemparan walaupun telah di label fragile items. Dari luaran kotak telah dapat kami jangka apa yang bakal kami nampak di dalam.

Jadi jika ada rod anda mengalami sebarang isu jangan diam, jangan bersedih dan jangan kecewa kerana kami ada di sini untuk membantu. Hubungi kami dengan cara PM kami paling cepat di page ini. Jangan risau kami bersedia membantu kerana kami faham nilai rod yang anda telah bayar dan menunggu lama.

Kualiti dan Harga

Bagi pihak Kanicen Nix, kami mementingkan kualiti. Setiap rod yang dijual kami akan pastikan ia berada ditahap yang boleh diterima dan boleh digunakan. Kami telah menghantar custom design prototype kami dalam keadaan yang tip-top dengan harapan dapat produk yang sama kualitinya.

Apa pun rod kami setakat ini semua dibuat secara Mass production. Akan ada isunya sikit-sikit yang tidak menjejaskan kualiti dan performance dan ini adalah perkara biasa kerana brand-brand yang lebih besar juga melaluinya. Di sinilah peluang kami untuk belajar memajukan diri. Tidak ada yang perfect di dalam dunia ini tetapi kami akan sentiasa berusaha meminimakan masalah common yang ada untuk kualiti dan kepuasan.

Di tambah pula dengan harga yang dijual adalah amat murah untuk rod yang direka secara custom design. Biasanya rod custom akan dijual lebih dari RM400 dan ada yang boleh mencecah ribuan ringgit berdasarkan komponen yang digunakan.

Alhamdullilah majoriti pelanggan yang kami dapat amat memahami situasi ini dan mereka menghargai usaha kami dalam menetapkan harga yang mampu milik. Mereka faham jika ada masalah ia bukan salah kami tetapi manufacturer atau lain-lain isu. Alhamdullilah; kerana bukan senang untuk kami membawa brand Kanicen Nix ke arah yang lebih maju tetapi adanya sokongan padu begini insyallah pasti akan ada jalannya.

Kami ada telah berusaha sebaik yang boleh untuk memastikan produk siap dalam keadaan yang baik dan dalam standard kualiti yang di inginkan namun kadang-kadang ada perkara yang tidak dapat di jangka bakal berlaku.

Pelanggan Kami

Seperti biasa pelanggan kami majoritinya ialah dari Malaysia. Setiap rod baru pasti ada ramai pelanggan baru yang tidak pernah kami kenali. Dari mana datangnya mereka ini? Feedback yang biasa kami dapat ialah kawan yang rekomen. Terima kasih pada yang rekomen dan terima kasih pada yang support. Moga murah rezeki sekeluarga. Aminnn 🙂

Seperti biasa Indonesia antara pelanggan setia kami yang telah membuat orders sehingga kini hampir 200 batang rod Sailang dan begitu juga dengan Philippines juga telah menjadi customer baru kami.

Sailang telah membuka lebih saluran pada kami. Kini ia telah memasuki UK, Poland, US, Vietnam, Germany dan dalam proses untuk beberapa negara lain seperti Mexico, France, Canada, etc. Walaupun ia lebih pada end user namun tiada apa yang mustahil untuk masa hadapan jika kami berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Siapa sangka brand Kanicen Nix yang sentiasa mengutamakan nama model dalam BAHASA MALAYSIA seperti Leebass (Libas), Sengat dan paling baru Sailang diterima oleh negara luar. Saya bangga menjadi anak Malaysia.

Penjualan

Penjualan kami agak unik kerana kami mencari supporter yang komited dan percaya akan brand Kanicen Nix. Sejujurnya kami bukan big player. Kami amat kecil dan memerlukan sokongan modal dan moral untuk mengorak langkah demi langkah untuk membuka peluang kearah kejayaan.

Kami juga memberi peluang pada yang kurang berkemampuan untuk membuat bayaran secara ansuran. Ada yang membayar paling lama 8 bulan sebelum rod dihantar pada mereka. Mengapa kami buat begini? Ini kerana kami memahami keinginan mereka untuk memiliki produk Kanicen Nix. Siapa yang tidak mahu supporters? Kami positif dengan usaha kami dan akan terus berusaha membantu.

Customer Service

Ini amat penting bagi kami. Setiap brand yang berjaya bermula dengan customer service yang tip-top. Kami tidak pernah gagal membalas segala PM, message dan bantuan yang diperlukan oleh pelanggan. Kami sentiasa komited dan sentiasa berusaha keras untuk membantu menyelesaikan masalah mereka jika ada.

Ada yang datang terus ke rumah untuk mendapatkan bantuan dan tidak pernah sekali pun sebagai owner mengecewakan mereka. Setiap pelanggan dilayan lebih dari seorang kawan. Orang cakap bukan senang hendak berjumpa dengan produk owner tetapi bagi saya ia amat mudah kerana saya lebih suka anda datang berjumpa secara berdepan. Memudahkan jika mendengar cerita sebenar dari owner sendiri. Owner sendiri akan menjawap segala soalan yang ada disamping menambah ilmu kita dapat mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan hubungan.

Next Project

Sailang batch kedua adalah batch terakhir kami. Taktala ramai menikmati Sailang kami telah jauh menuju kearah yang berlainan dengan pelbagai rod prototype. Ada yang telah memakan hampir 5 tahun kerana menunggu waktu yang sesuai untuk dilancarkan.

Jadi nantikan game kami yang lebih extreme. Sudah tiba masanya kami mengorak langkah membawa anda ke arah game yang lebih memerlukan jiwa dan ilmu. Nantikan rod baru kami. Akan kami umumkan apabila ia telah bersedia untuk pre-order.

Support dan Feedback

Kami sentiasa memerlukan support dan feedback. Segala support dan maklum-balas anda akan kami gunakan untuk kemajuan. Kami jenis yang menerima teguran yang membina dan pandangan yang boleh memajukan brand kami. Jadi jika anda ada sebarang komen silalah PM kami. Kami bersedia mendengar.

Jika anda segan dengan kami jangan risau anda boleh hubungi produk ambassadors (pro staff / testers) kami serata Malaysia. Mereka akan membantu anda mendekatkan segala feedback yang ada pada kami.

Testimoni

Akhir Kata

Apa yang pasti kami tidak akan dapat memuaskan hati semua pembeli kerana lain orang lain feel nya dan lain orang lain keperluannya. Namun target kami lebih pada memberi peluang untuk semua yang menyokong untuk mencuba produk keluaran Kanicen Nix dan menilainya sendiri kualiti anak tempatan yang berusaha memajukan produk ke persada yang lebih luas.

Segala sokongan padu anda amat kami hargai dan percayalah anda sentiasa di dalam doa kami untuk kemajuan bersama.

Terima kasih pada semua yang menyokong iaitu pelanggan kami, produk testers kami yang tidak henti-henti membuat pembakaran terbuka dan pada semua yang sudi rekomen produk kami. Moga anda sentiasa diberkatiNYA.

Related Articles

Passion: Cotton T-Shirt & Cap

Kanicen Nix

Jualan Akhir Tahun 2021 / 2021 End Year Sales

Kanicen Nix

Featured: Umpan Fishing Magazine March 2016

Kanicen Nix