Fishing Tips

Jom Belajar Tips Mudah: Asas Mancing Di Air Yang Keruh. Bagaimana Caranya?

Asas “Asas Pancingan Di Air Yang Keruh. Bagaimana Caranya” adalah untuk peminat yang sukakan pancinga casting tetapi kadang-kadang kecewa dengan cuaca yang tidak menentu. Jadi tips ini akan membantu anda semua untuk memahami beberapa perkara yang penting ketika memancing dengan air yang keruh.

  1. KETUK LUBUK

Kebanyakkan ikan tidak dapat melihat dengan baik di air yang keruh. Pada masa yang sama, kebiasaanya ikan tidak akan banyak bergerak dan akan cuba untuk menutup hidung agar merasa selamat. Salah satu cara ialah mengeluarkan hidung di permukaan air kelihatan seperti ikan mabuk.

Oleh itu, area yang sesuai dijadikan sebagai sasaran umpan ialah sekitar batu atau kayu. Hantar (cast) umpan anda “ketuk lubuk” yang ada potensi. Ketuk batu atau kayu yang berada disekitarnya juga boleh membuatkan ikan “alert”.

Jika anda menggunakan bot jangan takut untuk mendekati lubuk kerana air akan memberi penyamaran yang baik.

Poin 1, 2, 3 dan 4 adalah kawaan yang sesuai untuk di sasarkan.

  1. KAWASAN BERPOTENSI

Apabila air keruh ikan kebiasaannya akan rapat ke area yang lebih cetek. Jadi perhatikan sekeliling dan cari area yang airnya cetek dan tidak berarus laju kerana kawasan ini mungkin strike zone yang berpotensi. Air cetek biasanya lebih panas dan naluri ikan akan membuatnya berasa lebih selamat.

Kedalaman bagaimana yang boleh dijadikan sasaran? Lain kawasan lain cara dan habitatnya. Jadi ini memerlukan pengalaman. Kebiasaannya kurang dari 6 kaki.

  1. GETARAN DAN KONTRA

Memilih umpan yang bukan dari kebiasaan adalah pilihan yang bijak. Antara umpan yang sesuai semasa air keruh ialah umpan yang dapat memberikan bunyi dan getaran yang baik kerana semasa air keruh ikan tidak dapat melihat.

Warna yang mungkin anda mahu dijadikan pilihan yang sesuai adalah yang berbeza dengan warna air yang keruh. Contohnya penggunaan warna hitam, warna terang fluorescent kuning (bright chartreuse), bercahaya (luminous) dan UV (UltraViolet). Warna-warna ini akan membolehkan ikan melihat garis kontur di bawah air.

Jika ada pendapat lain jangan lupa kongsilah dengan kami.

5. Terima Kasih

Sila share. Sila tag. Sila save jika anda merasakan “Tips Asas Memancing Di Air Keruh ini” membantu anda dan rakan-rakan lain untuk lebih menikmati hobi memancing. Terus belajar dan terus majukan diri.

Related Articles

JOM BELAJAR TIPS MUDAH: PENGGUNAAN UMPAN YANG SESUAI MENGIKUT KEDALAMAN PARAS AIR

Kanicen Nix

Tips Mancing Ikan Siakap – Cara & Umpan Yang Sesuai. Grenti Strike Menjadi Pilihan

Kanicen Nix

TIPS MEMANCING: TEKNIK ASAS PENGGUNAAN DAN CARA MENGGAYAKAN MANA-MANA JENIS UMPAN TIRUAN SOFT PLASTIK

Kanicen Nix