Fishing Activity Fishing Tips

Petua Asas Memburu Siakap Putih Menggunakan Brudu Multicolor

Kali ini saya bersama Sein Saad rakan dari Pulau Pinang turun melawat studio Kanicen Nix di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. Kami membuat keputusan untuk pergi memancing siakap liar tidak jauh dari Studio Kami tidak menjangkakan ia akan menjadi trip yang cukup seronok dengan strike yang banyak. Perancangan awal adalah untuk sesi mancing setengah hari dimana ia lebih pada bersantai setelah lebih setahun tidak berjumpa. Namun, trip ini ternyata manis dan penuh keseronokan.

Kami berjaya mendaratkan lebih daripada 8 ikan Siakap Putih dan beberapa ekor ikan Talapia. Seekor dipancing menggunakan umpan Kanicen Nix – Geli Geli dan selebihnya pula dengan umpan Brudu Multicolor generasi terbaru kami.

🎣 Setup: Travel Rod Melencong 1-6lb
🎣 Reel: Kanicen Nix – Prototype
☑️ Line: 2lbs Halus Upgraded
☑️ Leader: LASAK 11.9lbs
🧞 Lure: Brudu Multicolor
🐛 Jighead: Pari 2g
🐊 Snap: KN Snap Size 0

Petua Memburu Siakap Putih

Apabila memburu Siakap liar terdapat beberapa petua asas yang perlu anda ketahui seperti:

  1. Memahami air pasang surut – Siakap aktif apabila air surut dan air pasang.
  2. Zon strike (habitat) – Terdapat zon strike biasa untuk Siakap. Ia sentiasa menunggu di sekitar kawasan yang berarus perlahan.
  3. Keadaan air (warna) – Penting untuk diketahui untuk pemilihan umpan dan tahap aktif ikan Siakap.
  4. Warna umpan yang sesuai – Memilih warna umpan berdasarkan keadaan air.
  5. Saiz umpan yang sesuai (diet) – Pilih saiz umpan berdasarkan saiz makanan Siakap dilokasi dan ketahui juga saiz ikan Siakap biasa di sekitar kawasan tersebut.

Harap ini membantu. Jangan lupa share 🙂

Related Articles

Muhammad Zafri: Trip Mancing Memburu Ikan Haruan Runtu di Sarawak

Kanicen Nix

Zamisma Abu: Kemaruk Pancingan Ultralight Yang Tiada Jalan Keluar

Kanicen Nix

Video: Bujuk / Channa Lucius On Grenti Strike Geli-Geli

Kanicen Nix