Customers Catches Fishing Tips / Tips Pancing

Teknik Ambil Gambar Ikan Ketika Mancing Guna Handphone

Teknik ambil gambar pada zaman ini menjadi lebih mudah kerana adanya teknologi canggih dengan telefon pintar. Handphone telah berevolusi dengan pantas sejak kebelakangan ini. Setiap jenama besar di pasaran bersaing hebat untuk membuktikan produk mereka adalah lebih baik dari yang lain.

Namun, adalah kerugian besar jika anda sebagai seorang kaki mancing tidak mengetahui cara mengambil gambar menggunakan handphone. Zaman sekarang setiap individu mempunyai phone yang hebat dan kita lebih banyak menggunakan handphone untuk mengambil gambar.

Jadi, jom baca artikel ini sebagai panduan supaya anda boleh mendapatkan sedikit idea dalam teknik-teknik pengambilan gambar.

  1. Kenali Kamera Phone

Perkara pertama ialah mengenali phone anda terlebih dahulu. Phone canggih tetapi tidak tahu fungsinya untuk apakan. Cuba tangkap gambar di bawah matahari, gelap, objek bergerak, senja, di dalam bilik, diluar rumah dan semua tempat yang anda rasa perlu dengan menggunakan setiap fungsi yang ada di dalam phone anda seperti gambar biasa, panorama, video dan sebagainya. Tujuannya ialah untuk memahami tahap kemampuan phone anda.

  1. Resolusi Phone

Buka setting kamera phone anda dan perhatikan settingnya. Pastikan setting resolusi berada di tahap maksimum untuk menghasilkan gambar yang cantik. Phone yang keluar dari kilang settingnya berada di tahap paling basic yang lebih bertujuan untuk menjimatkan ruang phone anda.

  1. Lensa Kamera Bersih

Pastikan lensa kamera anda sentiasa bersih menggunakan kain yang sesuai. Jangan risau menggunakan kain yang biasa kerana phone anda telah direka untuk tahan lasak. Cuma pastikan kain anda tidak berdebu atau kotor tetapi jika anda boleh dapatkan kain yang khas untuk membersihkan lens kamera maka ia adalah lebih baik. Dibawah ini contoh gambar yang lensanya terkena air.

  1. Fahami Setting Kamera

Bukan mudah untuk memahami setting kamera namun dengan sedikit masa dan melihat beberapa panduan yang ada dikongsi di YouTube, Instagram atau pun Tiktok anda mampu memahaminya.

Paling mudah ialah menggunakan setting auto namun untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik setting manual adalah lebih baik. Apa pun ambil masa untuk memahami auto setting, fahaminya terlebih dahulu, dapatkan mood, angle serta belajar dari gambar-gambar yang lebih menarik. Kemudian baru beralih ke setting manual.

  1. Kedudukan Stabil

Kebanyakkan phone sekarang telah ada setting yang membuatkannya stabil semasa mengambil gambar namun anda perlu juga memegang phone anda dengan kemas untuk mengelakkan gegaran yang berlebihan. Jika anda ada isu tangan gigil gunakanlah objek lain sebagai penahan gegaran seperti meja, batu, kayu dan sebagainya. Tripod juga boleh dijadikan pilihan.

  1. Elak Guna Zoom dan Flash

Elakkan penggunaan zoom atau flash kerana kebanyakkan phone tidak mempunyai fungsi seperti DSLR. Gambar anda akan jadi kabur, terlalu terang, berwarna putih, mata merah, tidak dapat warna asal, berbintik-bintik dan tidak kemas. Cara terbaik ialah merapatkan diri anda dengan subjek (ikan) dan ambil gambar seperti biasa. Elakkan letak terlalu banyak subjek di dalam 1 gambar kerana ia akan membuatkan gambar nampak serabut. Fokus satu per satu dan amalkan ambil beberapa gambar untuk setiap subjek. Cara ini akan menjamin kualiti gambar yang lebih baik.

  1. Belajar Guna Grid

Setiap phone canggih sekarang ada diberikan fungsi grid. Aktifkan garisan grid (guidelines) pada kamera phone anda. Fungsi grid ini ialah membimbing anda mengambil gambar yang seimbang dan menarik. Gunakan grid tengah sebagai fokus utama untuk setiap gambar anda. Penjelasan ini hanya secara asas. Jika anda mahu mengetahuinya dengan lebih lanjut sila Google Rules of Third untuk ilmu yang lebih tepat.

Ada beberapa perkara yang perlu anda faham berkenaan dengan grid seperti:

  • 4 titik persilangan pada garisan grid yang dipanggil sebagai titik fokus.
  • Letakkan objek fokus selari dengan garisan grid untuk gambar yang seimbang dan menarik.
  • Letakkan bahagian titik fokus pada grid dan subjek selari dengan garisan menegak untuk mengambil gambar
  • seperti manusia, jalanraya, bangunan, pokok, etc.
  • Letakkan titik fokus pada grid jika garisan mendatar seperti pemandangan, laut, tasik, etc.
  1. Teknik Pencahayaan

Amat penting mengambil tahu pencahayaan ketika mengambil gambar. Ramai suka mengambil gambar dengan menghalakan kamera phone pada cahaya matahari. Ini adalah kesilapan besar kerana apabila terlalu banyak cahaya masuk ke lensa kamera anda maka gambar anda akan jadi putih, tidak natural, silau dan sebagainya.

Pencahayaan amat penting dalam teknik mengambil gambar namun tidak semua gambar akan jadi cantik apabila terlalu banyak cahaya. Jadi ini adalah teknik pencahayaan yang anda boleh cuba praktikkan.

Contoh gambar yang kurang menarik apabila subjek utama tidak di fokuskan walaupun sudut dan garisannya bagus.

Lebihkan cahaya pada subjek yang ingin anda fokus. Berdiri di posisi yang cahaya tidak masuk terlalu banyak pada lensa kamera phone anda dan cuba snap. Perhatikan pencahayaan yang terjadi dalam gambar itu. Jika kurang menarik ubah apa yang perlu supaya ia boleh diperbaiki. Setiap gambar yang diambil berlainan waktu seperti pagi, tengahari dan petang memberikan kesan yang berbeza kerana cahaya. Jadi belajar sehingga anda mahir. Ingat gambar adalah memori anda jadi buat sehabis baik dari menyesal.

Contoh gambar yang lebih menarik dengan fokus dan grid garisan yang lebih seimbang.

  1. Gambar Foto Candid

Gambar photo candid membolehkan anda meluahkan perasaan anda semasa memancing atau apa-apa aktiviti yang anda buat. Jadi mengambil suasana sebenar foto adalah lebih baik dari berusaha keras untuk menjadi model majalah.

  1. Fokus Subjek Utama

Mengambil foto sebenarnya mudah jika anda tidak serabutkan diri anda dengan meletakkan semua subjek di dalam satu gambar. Apa yang anda perlu tahu ialah apa sebenarnya yang ingin anda tonjolkan di dalam gambar maka itu adalah fokus utama.

Kebanyakkan pemancing suka meletakkan rod secara mendatar, ikan sebelah rod dan mengambil gambar yang tiada jiwa. Ini kesilapan utama pemancing kerana kekurangan ilmu dalam teknik fotografi.

Apa yang penting ialah memahami subjek utama. Biasanya 2 perkara utama di dalam 1 gambar iaitu ikan dan umpan. Jadi cara untuk mendapatkan gambar yang lebih dramatik ialah dengan fokuskan dari kepala/mulut ikan ke belakang ekor ikan (mungkin sudut 20-45 degree). Ambil beberapa gambar dan perhatikan sudutnya sama ada ia cantik atau tidak dengan menggunakan tips No 7 teknik grid dan No 8 pencahayaan.

Jika anda menggunakan fungsi auto fokus maka sentuh bahagian skrin yang ingin anda fokuskan kerana tidak semua perkara kamera phone anda dapat fokus. Kadang-kadang ia keliru kerana banyak benda lain yang lebih menonjol.

Jika fokus auto tidak dapat fokus, ubah setting anda kepada manual dan cuba ambil gambar menggunakannya. Manual biasanya lebih cantik dan memudahkan jika anda memahami tekniknya.

Lagi satu cara untuk mengatasi masalah subjek tidak nampak menarik ialah dengan mengubah kedudukan yang berbeza ketika mengambil foto. Contoh cuba ambil gambar dari kedudukan yang berbeza seperti dari bawah, atas, kanan, kiri, atas batu, kayu, pasir dan sebagainya untuk menghasilkan gambar yang menarik.

  1. Teknik Bokeh

Teknik bokeh adalah salah satu teknik yang cukup digemari oleh fotographer. Teknik ini boleh membuatkan subjek anda lebih menonjol dengan mengaburkan latar belakang yang lain. Auto fokus boleh digunakan tetapi penggunaan fokus manual adalah lebih baik.

Caranya ialah dekatkan kamera phone anda dengan subjek utama, ubah fokus secara manual sehingga subjek utama menjadi jelas dan latar belakang menjadi kabur.

  1. Fungsi HDR

Kadang-kadang situasi dan posisi kedudukan semasa memancing tidak seperti yang anda inginkan. Cahaya masuk dari sudut yang tidak boleh diubah seperti cahaya menghadap lensa kamera phone anda dimana akan membuatkan gambar anda menjadi gelap. Di sini jika phone anda mempunyai fungsi HDR maka ini boleh diatasi dengan fungsi ini. Namun, fungsi HDR ini tidak sesuai digunakan pada waktu malam.

Semoga ilmu ringkas yang diberikan di atas mampu memberi anda sedikit idea untuk mencuba. Anda perlu cuba untuk memahaminya itu sahaja cara untuk belajar. Cuba setiap teknik yang diberikan ini untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik dari sebelum ini.

Semoga gambar mancing, gambar ikan dan lain-lain akan menjadi lebih cantik dan penuh dengan perasaan dan jiwa yang ingin anda kongsikan pada rakan-rakan.

Soalan: Bagaimana nak hantar gambar ikan pada kami untuk pembakaran?

Jawapan: Direct PM kami di facebook adalah cara termudah. Jika boleh di personal profile Kanicen Nix kerana saiz gambarnya lebih bagus berbanding di Instagram atau di page Facebook. Apa pun pastikan snap gambar cantik kerana pembakaran akan lebih pedih dengan gambar yang cantik. Cara mudah snap gambar. Fokus dari mulut ikan jika menggunakan umpan kami. Elak letak terlalu banyak subjek (rod, reel, dan lain2) untuk difokuskan. Punca gambar jadi kurang menarik. Buat satu per satu untuk hasilkan gambar yang menarik.

PM di messenger KN. Ini linknya: https://web.facebook.com/kanicen/

Hasil rakan-rakan yang menggunakan produk Kanicen Nix seperti Nyot-Nyot, Geli-Geli, Soft Frog Ong-Ong, Brudu, Silau spoon, rod ultralight dan sebagainya.

Bujuk / Forest Snakehead – Stallone Catherine
Haruan / Snakehead – kuzieazmizal
Sebarau / Hampala Barb – Ketua Penjahat
Bujuk / Forest Snakehead – Johanna Lurve Ristyeena
Haruan / Snakehead – Kamarudin Mohamad
Burmese Trout / Sikang – Kanokiku Rafi
Haruan / Snakehead – keningfishing
Parang / Freshwater Dorab – Irfan Sibli
Belida / Knifefish – Helmy Zyekry Ab Aziz
Puyu / ClimbingPerch – Haris Syazwan

Kami sentiasa melakukan yang terbaik untuk berkongsi gambar hasil tangkapan oleh semua supporters yang menggunakan produk kami.

Kami Mendidik. Berkongsi. Belajar. Senyum.

Jika anda salah seorang support produk KN kami ada group perkongsian oleh peminat-peminat di:

https:/www.facebook.com/groups/kanicennix/

Semua gambar di atas adalah diberi oleh supporter yang menggunakan produk KN seperti Geli-Geli, Brudu, Nyot-Nyot, Umpan Tiruan Katak Ong-Ong, Silau, Apparels, Tali Pancing, Rod Ultralight dan sebagainya.

Related Articles

Catch of the Month (June): European Carp / Common Carp / Lee Koh

Kanicen Nix

How To Identify Fourfinger Threadfin or Locally Known As Kurau & Senangin? Both Caught On Geli Geli Worms and Brudu Softbaits?

Kanicen Nix

TIPS PANCING: 3 RUTIN PEMANCING SEMUA KENA BUAT

Kanicen Nix