Fishing Activity

Lyee Caster: Trip Camping dan Mancing Ke Royal Belum Part 1

ikan sebarau royal belum dengan rod sailang kanicen nix

Trip camping dan mancing ke Sg, Kejar, Royal Belum telah kami plan beberapa bulan dahulu. Motif kami trip ini lebih pada mengeratkan silaturahim sesama pemancing yang telah lama kenal di alam maya. Seramai 15 orang rakan pancing lain telah menyertai trip mancing kali ini. Target utama kali ini ialah spesis ikan Sebarau (Hampala) Sg. Kejar yang dikatakan boleh membuat pemancing kembali.

trip mancing royal belum lyee caster 15 orang kanicen nix

Ini adalah pengalaman pertama saya ke Royal Belum bersama rakan-rakan pancing yang lain. Kami cuma ditemani dengan beberapa bekalan ilmu dari pengalaman rakan-rakan lain yang pernah ke Royal Belum.

Saya berbekalkan produk Kanicen Nix Sailang yang telah menjadi rod kegilaan pemancing ultralight. Kaedah yang saya gunakan ialah casting menggunakan gewang dan spoon yang menjadi habuan utama ikan Sebarau. Dengan keadaan sungai yang berbatu-batu dan arus sungai yang laju serta banyak jeram yang penuh dengan reba saya dapat menguji rod Sailang ini. Ternyata ia tidak mengecewakan dan dapat menewaskan ikan Sebarau di Sg Kejar, Royal Belum.

ikan sebarau royal belum dengan rod sailang kanicen nix

Rod Sailang memberi kepuasan pada saya apabila di sentap oleh serigala sungai dengan ganas namun dapat menanganinya dengan baik. Kekuatan backbone rod Sailang dan lentukkan tip yang cantik mengawal momentum larian ikan Sebarau dengan baik. Saya berjaya juga mendaratkan size ikan Sebarau yang memuaskan dan sesuai dengan rod ultralight. Getaran dan hentakan yang dibuat oleh ikan sebarau memberi saya kepuasan yang amat sangat.

sebarau bersaiz kecil tetapi memberi hentakan padu sailang

Saya suka bergerak secara solo kerana kadang-kadang ia lebih menyeronokkan dan apabila memburu ikan Sebarau amat penting untuk kita bergerak secara senyap supaya tidak menakutkannya. Potensi untuk mendapatkan strike adalah lebih tinggi kerana tiada unsur-unsur seperti bising sangat berjalan di dalam air  atau pun riuh akibat berjalan ramai-ramai. Ikan Sebarau adalah spesis yang amat sensitif. Apabila terlihat kelibat manusia biasanya ia akan melarikan diri dan menyorok. Namun, harus diingati juga akan bahaya lain yang boleh terjadi apabila berseorangan. Jadi bawalah senjata seperi parang sebagai perlindungan.

sambaran sebarau yang padu dapat di tangani dengan rod sailang

Ikan Sebarau atau Hampala amat menarik perhatian saya kerana larian yang padu dan sikapnya yang umpama gengster air. Memang sesuai ia diberi gelaran “serigala sungai” kerana biasanya ia akan bergerak secara berkumpulan dan jika bertuah setiap lontaran akan disambut olehnya.

rod sailang sesuai digunakan dengan semua gewang

Nantikan laporan trip pancingan saya di masa akan datang. Terima kasih 🙂

 

Related Articles

Hairz Zer: Rindu Sebarau Terubat Dengan Ikan Temperas

Hairz Zer

Zamisma Abu: Cara-Cara Mudah Membuat Micro Jigs Casting

Kanicen Nix

Kanicen Nix: Kerja Gila Menarik Ikan Layaran di Rompin, Pahang Menggunakan Sailang

Kanicen Nix