Fishing Activity

Muhd Ridzuwan: Trip Solo Mengacau Sang Merak Yang Liat di Tasik Puchong Prima

wawan-peacock-bass-kanicen-nix-sailang-grenti-strike

Tarikh: 20th March 2018
Masa: 8.50am
Tujuan: Mencari peacock bass mengunakan produk Kanicen Nix – Grenti Strike ELASTICO
Setup: Kanicen Nix – Sailang 1-6lb + Shimano Stradic ci4 c2000s

Bila bangun pagi, benda yang pertama sekali terfikir di kepala, nak pergi mancing. Kena pula tak kerja. Tapi nak pergi mancing dekat mana?? Berfikir sejenak. “Hmm pergi Tasik Prima je la”, bisik dalam hati. Apa lagi, mandi, siap-siap, start kereta, terus shoot ke tasik prima.

Sampai di Tasik Prima dalam pukul 6.45am, hari masih gelap, so apa lagi, siapkan barang dan peralatan mancing, double check FG knot, mana tau ada tali yang luka. Tepat pukul 6.55am, saya pun turun ke tebing tasik berdekatan dengan pulau ( bersebelahan pondok Pak Din) siapa yang selalu turun ke prima pasti dia tau dekat mana. Pada mulanya tasik prima sunyi sepi, tiada langsung “frenzy ataupun boiling”, dalam hati, “mesti kumpau aku hari ini”. Bermacam-macam SP saya gunakan antaranya KN Grenti Strike Candy, Curly, Elastico, Red Eyes spoon, tapi masih tidak strike.

Bila dah penat casting, lepak dulu smoking sebatang dua, saya pun berjalan menuju ke tempat pembinaan iaitu di hadapan apartment Vista Millennium. Mujurlah hari itu, aktiviti pembinaan korek pasir tidak beroperasi, kalau tidak risau juga serpihan batu sampai di kepala. Saya pun terus ke berhadapan pulau dan meneruskan memujuk sang merak, 1st cast, tiada sambutan, 2nd cast kelihatan sekumpulan anak peacock bass berlumba-lumba mengejar SP saya. Dalam hati mula rasa happy at least ada juga yang berminat dengan SP saya. Ketika itu, saya mengunakan SP KN Grenti Strike Candy (putih), teknik slow retrieve. Cast punya cast, masih lagi tak strike. Hati sudah mula gelisah, takkan tak ada langsung PB.

Dalam fikiran saya, terdetik pula untuk mencuba teknik “drop shot”. Apa lagi, saya pun buat drop shot knot dengan menggunakan KN Grenti Strike Elastico (oren). Kebanyakan orang tidak suka teknik ini kerana ianya memerlukan kesabaran yang tinggi dan sedikit mengambil masa untuk strike. Saya pun, mencuba dan terus mencuba dan Alhamdulillah balingan ke empat saya akhirnya membuahkan hasil. Fish on!!! Masa itu, saya tidak boleh nak maximum pump sebab keadaan structure dasar yang tidak mengizinkan, so saya layan fight dengan kasih sayang. Alhamdulillah ikan Peacock Bass land dengan selamatnya.

Bila sudah strike biasa la, sesi photography, nasib baik saya ada bawa gopro, so selfie la kita dengan ikan. Selesai bergambar, sesi catch and release, syukurlah ikan masih kuat, dan berenang kembali ke tempat asal. Moral of story pada trip kali ini, janganlah kita cepat berputus asa. Sebab bila kita sudah stress, apa pun tak jadi, baling gewang sangkut la, birdnest la, dan lain-lain. Saya masih teringat lagi pesanan KANICEN, cuba pelbagaikan teknik casting, sesuaikan warna SP pada diet ikan di situ dan yang selalu beliau katakan jangan cepat putus asa. Disini saya ade sertakan video pendek pada trip kali ini.

Sekian terima kasih.

Related Articles

Hairz Zer: Soft Bait Grenti Strike Santapan Jaguar Cichlid

Hairz Zer

Ramlan Ramli: Trip Membottom Ikan Lampam Menggunakan Setup Ultralight

Kanicen Nix

Thava Prasanth: Pesta Ikan Tenggiri Di Rompin, Pahang Dengan Ultralight

Kanicen Nix