Fishing Activity

Ramlan Ramli: Trip Membottom Ikan Lampam Menggunakan Setup Ultralight

membottom-ikan-lampan-dengan-rod-sailang

Jam menunjukkan 6:00 petang dan plan hari ini membottom ikan lampam menggunakan setup ultralight dan dengan bahan-bahan umpan yang mudah di dapati. Gerakan dilakukan secara solo setelah selesai urusan berkaitan persekolahan anak.

Lokasi

Sampai di lokasi sekitar 6.15 petang. Lokasi yang dituju hanyalah tepi jalan di Parit Dua Timur Sungai Besar dan kawasan berdekatan.

Setup dan aksesori

Penggunaan setup ultralight rod Sailang berskala 2-6lbs dengan panjang 6.6 yang serba-guna memang berbaloi dan mengujakan. Kali ini saya menggunakan reel Pioneer sirius 500 dipadankan bersama tali utama 4lbs, disertakan bersama perambut 6lbs, serta mata kail no 12 Eagle wave teras panjang.

membottom-letak-rod-tunggu-pelampung-tenggelam

Ramuan Umpan

Buah mengkudu masak yang digaul bersama tepung gandum juga sedikit gula sawit (planta area satu sudu kecil) bakal memikat ikan lampam. Campurkan bahan-bahan (umpan) yang di bawa dan gaul selama 3 minit (anggaran) biar sebati. Pastikan tidak terlalu cair campuran yang boleh menyebabkan ia menjadi terlalu lembut. Selepas itu bolehlah digentel adunan itu sebesar ibu jari budak dan sudah boleh digunakan terus.

adunan-umpan-untuk-ikan-lampam-yang-telah-di-gentel

Teknik

Teknik yang digunakan kali ini adalah cara apungan menggunakan pelampung yang boleh dibeli di kedai pancing atau akuarium dengan harga sekitar RM1-Rm2. Penggunaan pelampug perlu kerana lokasi di bahagian dasarnya adalah sedikit berstruktur. Pastikan perambut hanya sekitar sejengkal dua jarak dari pelampung.Umpan yang telah di gentel tadi bolehlah disangkutkan pada mata kail. Biasanya tidak perlu menunggu terlalu lama. Jika ada lampam berdekatan ia akan makan tidak sampai seminit. Jika tiada sebarang sambutan bolehlah tukar lokasi.

persiapan-mata-kail-untuk-lampam

Kepada peminat-peminat ikan lampam boleh cuba resepi ini. Teramat mengasyikkan bila kita menggunakan setup ultralight dengan saiz ikan yang kena untuk merasakan nikmat tarikan ikan.

Video

Selamat mencuba dan nantikan tips yang akan datang ya. Terima kasih 🙂

Related Articles

Hairz Zer: Kemampuan Soft Bait Grenti Strike Geli-Geli Sememangnya Lain Macam

Hairz Zer

Hairz Zer: Soft Bait Grenti Strike Santapan Jaguar Cichlid

Hairz Zer

Kanicen Nix: Hunting Burmese Trout – Do It With Grenti Strike Lures

Kanicen Nix