Fishing Activity

Lyee Caster: Renangan Micro Spoon Kanicen Nix Red Eye 5g Memukau Ikan Sebarau Serigala Sungai

lyee caster menggunakan micro spoon kanicen nix grenti strike red eye memburu serigala sungai

Saya mula menceburi bidang casting dengan menggunakan rod bait casting medium 8-17lb dengan mainline 20lb dan leader 25lb. Sebelum ini saya sentiasa menggunakan spoon jenama lain yang berada di pasaran seberat dari 7g hingga 12g. Dalam masa menikmati sentapan serigala sungai saya terlihat dalam Faceook anak tempatan kita Kanicen Nix mengeluarkan micro spoon Grenti Strike Red Eye 5g yang amat diminati oleh penggemar pancingan ultralight lebih-lebih lagi pemancing yang mengejar serigala sungai. Ramai yang memuji akan keberkesanan spoon itu. Namun, dalam fikiran saya berkata “boleh ke saya membuat balingan jauh spoon seberat 5g dengan setup rod 8-17lb saya”.

lubuk ikan sebarauAkhirnya saya dapat jawapan yang dicari. Sungai kawasan permainan saya selebar 20 kaki ke 60 kaki sahaja. Jadi ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk membuat lontaran.

lyee caster menggunakan rod kasar membuat lontaran micro spoon kanicen nix grenti strike red eye memburu sebarau sungaiPercubaan Grenti Strike – Red Eye

Saya mengambil keputusan untuk mencuba spoon Kanicen Nix – Red Eye Grenti Strike. Hari yang ditunggu tibalah spoon Grenti Strike Red Eye berwarna gold dan silver. Gerak hati saya selepas melihat spoon Grenti Strike mengatakan struktur body spoon seperti sisik anak ikan yang berkilat-kilat ini pasti akan memikat serigala sungai.

lyee caster menggunakan micro spoon kanicen nix grenti strike red eye memburu serigala sungai
Tanpa berlengah saya terus mencuba menggunakan micro spoon grenti strike red eye 5g. Lontaran pertama terus membuat saya tersenyum dengan kepaduan spoon tersebut. Tepat ke arah lubuk yang saya ingin tujukannya. Kilauan dan lenggokan ternyata seperti yang di harapkan. Amat memukau dan pantulan dari sisik badan red eye nampak dari jauh untuk saya yang berada di tebing inikan pula ikan yang berada berdekatan.

lyee caster menggunakan micro spoon kanicen nix grenti strike red eye memburu sebarau sungaiDan setiap lontaran pasti ada sahaja ikan sebarau yang membuat sambaran tidak kira saiz. Si curut paling pantas membuat sambaran rakus. Prestasinya amat memuaskan hati dan memberikan senyuman yang menjanjikan strike yang lebih selepas ini. Bukan itu sahaja bagi saya harga jualan yang amat murah sekitar RM10 (mengikut berat) juga menjadi salah satu faktor saya menjadikan micro spoon Kanicen Nix – Red Eye salah satu peluru yang wajib ada di dalam box gewang untuk memburu serigala air ikan sebarau.

Tips Memahami Spoon Grenti Strike – Red Eye

Spoon red eye mempunyai sisik yang berkilat berbentuk diamond. Lagi terang cahaya lagi cantik kilauan yang keluar hasil dari pantulan cahaya. Ini adalah faktor utama menjadikan ia spoon yang amat efektif.

lyee caster menggunakan bait casting membuat lontaran micro spoon kanicen nix grenti strike red eye memburu sebarau sungaiIa juga mempunyai lengkungan bahagian belakangnya dimana ia akan menekan spoon kebawah, ke kiri dan kanan seperti anak ikan melarikan diri dari pemangsa. Renangan seakan-akan takut pada pemangsa ini bagi saya menjadi punca utama si curut membuat serangan awal sebelum pemangsa yang besar.

Jadi dengan menggunakan kedua-dua info di atas; apabila membuat lontaran ke lubuk pastikan anda menurunkan muncung tip rod anda ke air dan membuat karauan laju. Renangannya akan memberi getaran yang boleh dirasai pada rod. Getaran ini juga sudah pasti memikat serigala sungai yang sedang menghendap membuat sambaran padu.

Sehingga berjumpa lagi di artikel yang akan datang. Salam strike!

Related Articles

Hairz Zer: Rindu Sebarau Terubat Dengan Ikan Temperas

Hairz Zer

Muhammad Zafri: Mencari Spesis Ikan Tiger Fish Menggunakan Soft Bait Kanicen Nix – Grenti Strike

Kanicen Nix

Muhd Ridzuwan: Trip Solo Mengacau Sang Merak Yang Liat di Tasik Puchong Prima

Kanicen Nix