Grenti Strike: Geli-Geli – (BM)

Kanicen Nix

Setelah hampir 2 tahun R&D, umpan soft plastik baru ini akhirnya siap untuk dilepaskan ke pasaran. Kami telah menjalani sesi ujian dan lapangan yang penuh dengan pelbagai cabaran untuk memastikan umpan berasaskan cacing (worm) ini dengan harapan pemancing dapat memanfaatkan dan mampu menyesuaikan diri dengan kepelbagaian teknik memancing. Dari teknik jerking biasa (menggunakan mata umpan jig head dan mata umpan worm hook) ke teknik drop shot, umpan soft plastik ini mampu beraksi dan bertindak secara semulajadi kepada teknik pemancing yang akan memberikan lebih daripada keputusan yang memuaskan. Ia juga boleh digunakan untuk jigging, sama ada fast micro jigging atau slow-pitch jigging. Ini peluang anda sebagai pemancing untuk menakluk sudut pancingan yang berbeza dengan kreativiti anda melalui umpan soft plastik GELI-GELI kami.

Kanicen-Nix-Grenti-Strike-Geli-Geli-Luminous-Colors

Inspirasi

Kami menamakan umpan soft plastik ini GELI-GELI kerana apabila anda memegang / menyentuh umpan ini ia terasa seperti tidak berbeza daripada cacing. Inspirasi ini datang daripada produk hot kami sebelum ini Elastico dan Flexi Tail dimana pembinaannya sangat lembut, elastik dan fleksibel.

Pelbagai lapisan segmen di badan membolehkan umpan soft plastik ini menghasilkan getaran yang sangat besar dan berbeza disamping mengeluarkan gelembung (bubbles) apabila membuat karauan. Selain dari itu reka bentuk ekor kecil adalah fleksibel yang membolehkan umpan ini kelihatan hidup, dengan itu ia memikat dan menarik perhatian semulajadi sifat ikan pemangsa yang berdekatan ke arah umpan ini kerana aksinya nampak seperti umpan yang hidup.

Kanicen-Nix-Grenti-Strike-Geli-Geli-Luminous-Colors-multi-segments-body-design

Kaedah Rigging

Reka bentuk kepala yang besar membolehkan anda menggunakan kepala jig head seberat 1.5g hingga 3.5g dengan ukuran saiz mata 1 & 2 sebagai saranan terbaik kami. Saiz mata kail yang optimum dan pemilihan berat akan memberi kelebihan pada pemancing dengan keupayaan untuk menghasilkan aksi yang lebih baik dan dapat mengawal umpan soft plastik ini dengan lebih dimana ia juga rahsia R&D kami ke arah mencapai ketepatan lontaran semasa casting.

Ini adalah formula yang telah kami perolehi melalui beberapa ujian lapangan dengan mempelbagaikan teknik semasa sesi memancing yang merangkumi teknik ultralight yang digunakan dalam teknik permainan air masin dan juga air tawar seperti Ajing / Mebaru / LRF / Jigging dan banyak lagi.

Tiada batasan cara penggunaan rigging untuk umpan soft plastik ini. Ia tidak terhad kerana ia membolehkan pemancing untuk menggunakan mata seperti jig head, work hook, fast atau slow-pitch jigging drop shot, rubber jigs atau apa sahaja yang anda mampu fikirkan. Ia adalah jenis umpan sempurna yang akan berfungsi dengan baik untuk semua jenis pemancing, dan keupayaannya dipertingkatkan apabila pemancing cukup kreatif untuk menggunakan teknik baru ke arah umpan soft plastik ini dengan cekap.

Ciri Menarik

Untuk mempertingkatkan lagi kecekapan umpan soft plastik ini, semua produk GELI-GELI mempunyai ciri-ciri luminescence yang menjadikannya ia sesuai dalam keadaan air pada siang hari atau malam. Luminous mempunyai fungsi dimana ia menyerap cahaya sekeliling. Umpan ini mampu menyerap apa-apa cahaya yang ada pada siang hari dan menghasilkan kesan luminescence di dalam air. Pada waktu malam, anda hanya perlu lakukan ialah mendedahkannya kepada cahaya UV (walaupun cahaya dari telefon pintar anda memadai) untuk meningkatkan kesan luminescence untuk pancingan waktu malam.

Kanicen-Nix-Grenti-Strike-Geli-Geli-Luminous-Colors-for-night-fishing

Teknologi Canggih

Umpan soft plastik kami dibina dengan teknologi canggih yang dapat memberikan hasil yang berkualiti. Struktur lembut membolehkan ikan menggigit dan tidak mahu melepaskannya kerana tekstur umpan kami menyerupai umpan hidup sebenar.

Selain itu, umpan lembut kami adalah 100% biodegradable, sekiranya ikan menelan umpan, sistem pencernaan ikan akan secara semulajadi memecahkan umpan lembut secara kimiawi tanpa menyebabkan sebarang bahaya pada ikan.

Sekiranya berlaku kes-kes putus atau lucut di dalam air, umpan ini 100% boleh terbiodegradasi, dari masa ke masa umpan soft plastik ini akan hancur dalam sesuatu tempoh dan tidak menyebabkan sebarang bahaya atau kerosakan kepada alam sekitar.

Warna, Ukuran & Harga Online

kanicen-nix-soft-bait-soft-plastic-grenti-strike

Semua umpan soft plastik GELI-GELI datang dalam beberapa warna yang menarik (seperti oren, merah jambu, putih mutiara dan kuning) dan panjangnya sekitar 5.72 cm (2.24 inci) yang sesuai untuk mana-mana ikan yang anda pilih untuk diburu.

Setiap pek geli GELI-GELI kami mengandungi 10 biji satu warna dan dijual pada harga yang berpatutan RM12 setiap pek di online.

Aksi Hidup

Jangan hanya menerima kata-kata kami, saksikan video kami di bawah dan lihat aksi umpan kami seperti hidup dan pergerakan yang amat fleksibel dan lembut pasti memikat ikan dengan umpan soft plastik kami.

Lihat Video di sini:

Kanicen Nix – Grenti Strike: Geli-Geli In Action
Kanicen Nix – Grenti Strike: Geli-Geli Lively Action

Hasil Tangkapan

Di Kanicen Nix kami membiarkan hasil kerja keras kami bercakap, berikut adalah hasil tangkapan kami dengan GELI-GELI:

Dan yang berikut adalah testimoni daripada pelanggan kami:

https://www.facebook.com/kanicennixmalaysia/

Beli Original

Beli yang original dimana umpan kami ada jenama KN.

Pembelian

Untuk pasaran Malaysia / Singapore / Brunei sila order di page Facebook kami di:

https://www.facebook.com/kanicennixmalaysia/