Customers Catches

Hasil Tangkapan Menggunakan Rod Travel Melencong

Hari yang paling menarik apabila membuat pembakaran ialah pada hari kerja. Lebih-lebih lagi apabila ada rakan-rakan yang sedang melalui stress dengan pelbagai isu seperti kena marah dengan boss, perut kosong kerana tidak sempat nak bersarapan, kena sound dengan bini kerana asyik memancing, atau melalui isu-isu lain yang boleh mendatangkan kemarahan.

Namun, niat kami apabila membuat pembakaran setiap hari bukan untuk mencurahkan minyak ke dalam api yang membara tetapi lebih pada memberi senyuman kepada semua rakan-rakan untuk meneruskan aktiviti harian dengan lebih bersemangat. Inspirasi harian dari kami sentiasa berniat untuk membawa perubahan dalam kehidupan untuk melalui hari yang menyakitkan hati supaya lebih baik.

Pelbagai spesis ikan hasil dari penggunaan rod travel Melencong telah diberikan oleh Amin Zaherul, Piejal Podolski, Abdul Latif Lani, Amar Angler, Emy De Kuale dan Wady yang mancing ikan Sebarau untuk dimasukkan dalam akuariumnya. Trip terakhir sebelum naik kapal katanya.

Moga gambar-gambar ikan hasil dari penggunaan Rod Travel Melencong ini dapat memberi anda semangat untuk terus menikmati hobi memancing.

Related Articles

Mambang Hitam – The Battle of Unexpected Species

Kanicen Nix

Catches by Supporters With Mambang Hitam Ultralight Jigging Rod

Kanicen Nix

Fishing Tips: What Kind of Fish Can You Target With Our Worms? Ikan Lalang, Oxygaster Anomalura, Siakap Merah, Mangrove Jack, Gerepoh, Giant Trevally, Ikan Selat, Knife Fish, Ikan Raja, Peacock Bass, Toman, Giant Snakehead, Siakap Putih, Barramundi, Ikan Bulan, Indo Pacific Tarpon, Sebarau, Hampala Barb Caught on Geli Geli Worms, Brudu, Silau Spoon

Kanicen Nix