Micro Spoon

Grenti Strike: Silau

kanicen-nix-grenti-strike-silau-gold-color-micro-spoon

SILAU, produk micro spoon terbaru kami sesuai untuk pancingan ultralight / finesse telah di rekabentuk dengan matlamat utama bukan sekadar pancingan jeram, tetapi juga ke arah memburu ikan Sebarau. Reka bentuk dan idea umpan micro spoon ini adalah satu peningkatan ketara dari micro spoon yang menjadi idaman pemancing yang dikenali sebagai Red Eye.

Setelah menjalankan lebih banyak R&D dan hasil informasi yang berjaya kami kumpulkan kami telah mengambil inisiatif untuk menambah baik dan memasukkan ciri-ciri tambahan untuk memastikan versi umpan kami yang baru ada kemajuan dari versi sebelumnya dan mampu memberikan hasil yang lebih baik. Pergerakan micro spoon terbaru ini mampu menyesuaikan diri dengan keadaan aliran air jeram disebabkan oleh bentuk aerodinamiknya. SILAU diselaraskan ke arah renangan secara semulajadi dan menyesuaikan gerakan mengikut keadaan aliran jeram dengan itu membolehkan renangannya kelihatan semulajadi.

Baca info lebih lanjut di: http://www.kanicen.com/grenti-strike-silau/

Related Articles

Grenti Strike – Micro Spoon

Kanicen Nix