Fishing Tips

TIPS MEMANCING: TEKNIK PENGGUNAAN SOFT FROG

Seringkali kita dengar luahan pemancing yang lucut ketika memancing menggunakan soft frog atau umpan tiruan katak. Jom belajar untuk mengetahui apakah mungkin antara punca lucut semasa membuat strike.

ANTARA PUNCA LUCUT APABILA MENGGUNAKAN SOFT FROG ATAU UMPAN TIRUAN KATAK

TIDAK BERI PELUANG

Ketika ikan makan pemancing biasanya terus membuat sentapan tanpa mengambil kira sama ada ikan itu telah menelan umpan atau belum.

KARAUAN TERLALU LAJU

Kita sentiasa terdedah dengan emosi yang luar kawalan lebih-lebih lagi jika bermasalah atau kumpaw terlalu lama. Dan tanpa disedari mungkin karauan yang dibuat untuk spesis yang di target terlalu laju. Banyak faktor yang akan mempengaruhi ikan yang dicari itu akan membuat serangan atau tidak jika kelajuan tempo karauan tidak diubah untuk memikatnya.

TIDAK FOKUS

Fokus ada isu paling besar untuk pemancing kerana mata sentiasa melilau ke tempat lain mencari lubuk sasaran atau terdengar kocakan air yang menggoda kita untuk alihkan tumpuan ke tempat lain.

SETUP KURANG SESUAI

Setup yang digunakan seeloknya dipadankan dengan ikan yang dicari serta keadaan lokasinya. Ini kerana kesilapan memilih setup boleh mengakibatkan antara punca utama membuat solid hook up atau hilang kawalan.

TIDAK FAHAM REKAAN & FUNGSI SOFT FROG

Ilmu tentang sesuatu produk tidak sampai atau malas membaca dan bertanya boleh menjadi antara punca tidak faham tujuan sesuatu produk direka. Tidak semua soft frog dibuat untuk tujuan pancingan yang sama. Ada soft frog dibuat untuk berfungsi cara yang berbeza.

SAIZ SOFT FROG YANG TIDAK SESUAI

Saiz ikan yang membuat serangan pada soft frog tidak sesuai dengan saiz umpan yang digunakan.

Jadi bagaimana caranya untuk mengelakkan punca lucut?

PENYELESAIAN UNTUK MENGELAKKAN PUNCA LUCUT APABILA GUNA TIRUAN KATAK / SOFT FROG

ELAK SEMUA PUNCA YANG DINYATAKAN DI ATAS INI.

PENERANGAN RINGKAS

Semasa memancing menggunakan katak tiruan atau soft frog, elakkan membuat sentapan sejurus ikan membuat serangan. Bagi ia peluang membawa umpan itu turun dan baru membuat sentapan hook up. Jika tidak, peratus lucut adalah amat tinggi kerana anda telah mengeluarkannya dari mulut ikan itu. FAHAMI FUNGSI DAN CIRI-CIRI YANG ADA PADA SOFT FROG YANG INGIN ANDA GUNAKAN TERLEBIH DAHULU.

Berharap tips mancing menggunakan soft frog atau umpan tiruan katak ini dapat membantu anda dalam memahami asas dalam pancingan yang berlainan.

Jika anda ada pendapat lain, sila berkongi dengan kami.

Sila save. Sila tag. Sila share jika anda merasakan ilmu pancing “TIPS MEMANCING: TEKNIK PENGGUNAAN SOFT FROG” ini dapat membantu anda dan rakan-rakan lain untuk lebih menikmati hobi mancing.

Related Articles

Tips Mancing Ikan Siakap – Cara & Umpan Yang Sesuai. Grenti Strike Menjadi Pilihan

Kanicen Nix

JOM BELAJAR TIPS MUDAH: APA IKAN MAHU? APA ANDA MAHU SEBENARNYA?

Kanicen Nix

JOM BELAJAR TIPS MUDAH: TEKNIK WACKY RIGGING UNTUK NYOT NYOT WORM

Kanicen Nix